Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

ALLAHU… SEUMPAMA PELUANG KEDUA YANG TAK AKAN DIBAZIRKAN. -AZMI-

Ahad lepas pada waktu malam aku mengalami sakit dada yang teruk. Semalaman aku tak dapat tidur kerana sakit dada yang mencucuk tajam. Selain tu dada aku berdebar-debar dan aku berpeluh walaupun suhu dalam bilik tak panas.

.

Paginya aku ke klinik dan ujian ECG serta diagnosis dijalankan. Selepas melihat keputusan, doktor suspek aku ada sakit jantung dan minta aku rujuk kepada pakar. Aku rasa takut dan terkilan, sebab aku belum terlalu tua, cuma gaya hidup harian ku kurang menagamalkan cara hidup yang sihat.

Aku makan tanpa pantang, aku selalu ambil kopi untuk hilangkan ngantuk, letih dan lesu. Aku tak bersenam dan hujung minggu aku makan luar dan kebanyakannya makan di restoran fast food. Dan kini aku dalam perjalanan ke hospital selepas mengalami sakit dada dan kemungkinan menghidap sakit jantung.

Setelah sampai di hospital aku dimasukkan ke wad kecemasan. Aku dipantau dan diberi ubat. Dari siang aku terbaring teringatkan keluarga dan anak-anak yang masih kecil. Sehingga tengah malam akhirnya doktor datang dan mengesahkan bahawa, buat masa ini sakit dada ku lebih kepada berpunca dari gastrik. Aku dibenarkan pulang.

Alhamdulillah…Seumpama ini peluang kedua yang tak akan dibazirkan. Walaupun ia gastrik, aku juga perlu berwaspada terhadap kasihatan organ lain terutama jantung. Dalam perjalanan pulang abang aku whatsapp aku tanyakan keadaan, dan aku bagitahu yang aku setakat ini terselamat dari menghidap penyakit jantung.

Abang aku nasihatkan aku supaya buat pemeriksaan kesihatan secara berkala. Dan abang aku cadangkan aku supaya buat pemeriksaan kesihatan di Klinik As-Salam dengan mengambil Pakej Wellness. Katanya, pakej ni memang lengkap untuk keseluruhan tubuh badan kita.

Selepas peristiwa ni, aku memang akan jaga makan dan amalkan gaya hidup sihat serta buat pemeriksaan kesihatan di Klinik As-Salam supaya aku tahu tahap kesihatan aku.

.

Anda boleh buat pemeriksaan kesihatan di Klinik As-Salam dengan mengambil Pakej Wellnes. Buat tempahan temujanji dengan klik https://book.kliniksalam.com/customer atau hubungi Careline Klinik As-Salam di talian 03-9078 3030 untuk sebarang pertanyaan.

#klinikassalam #ertihiduppadamemberi #wellness

Scroll to Top