Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ฎ ๐—š๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ฟ๐—ถ๐—ธ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—ก๐—š !

Terkejut pesakit bila datang ke Klinik As Salam nak buat pemeriksaan dan rawatan sakit Gastrik, bila Doktor cadangkan untuk lakukan ujian ECG rupanya kita dapat kesan yang pesakit ni ada masalah jantung.

Pertikaian itu pasti, pesakit ingat Doktor saja-saja nak buat ECG sebab nak markup harga, tetapi dengan penerangan, pengalaman, kekerapan sakit dan rekod pesakit ada sejarah kolesterol yang tinggi semasa follow up di Klinik As Salam ni, di situ Doktor mengambil keputusan untuk buat test ECG….

Keputsannya adalah PENYAKIT JANTUNG….

Dalam pemikiran lebih-lebih lagi orang muda sekarang, eh muda-muda mana ada sakit jantung, tu kan penyakit orang tua-tua, tetapi bila berlaku macam ni habis termenung jauh mengenangkan komitmen kerja dan sebagainya…

Sebab tu pencegahan awal dan mengambil langkah awal untuk buat pemeriksaan kesihatan berkala di klinik itu penting suapaya kita ni dapat sediakan payung sebelum hujan…..

Satu je kena ingat kos saringan lebih murah dibandingkan kos rawatan…
Beringat–ingatlah kepada yang tersayang, renung mata mereka, InShaaAllah anda boleh mengubahnya dengan ikhtiar..

๐—•๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚ ๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—”๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐˜ ๐—š๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ฟ๐—ถ๐—ธ ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜‚ ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—๐—ฎ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ป๐—ด?

Kadangkala, kita mungkin keliru dengan gejala sakit perut berbanding keadaan berkaitan jantung. Namun, terdapat beberapa cara untuk membezakan kedua-dua keadaan.

Sememangnya perkara biasa untuk membuang angin antara 10 hingga 20 kali dalam sehari. Malah boleh difahami jika anda bimbang mengalami sakit dada selepas menikmati makanan yang berat. Akan tetapi, terdapat sedikit perbezaan antara rasa serangan jantung, pedih ulu hati dan masalah gastrik.

Jika kesakitan yang anda alami berkurangan selepas anda sendawa atau mengeluarkan membuang angin, maka anda mungkin mengalami sakit perut atau pedih ulu hati.

Walau bagaimanapun, jika sakit berterusan dan disertai sesak nafas atau loya, masalah ini boleh menjadi keadaan yang berkaitan dengan jantung.

Lazimnya, gas menyebabkan kembung, sendawa, perut bersimpul dan rasa mencucuk yang tiba-tiba datang dan pergi. Sebaliknya, gejala serangan jantung termasuk peluh sejuk, berdebar-debar, pening, loya atau muntah, sakit di bahagian atas badan, lengan dan sesak nafas.

Gejala serangan jantung biasanya bertambah teruk semasa aktiviti fizikal. Sebaliknya, gejala pedih ulu hati atau masalah gastrik biasanya tidak berkaitan dengan aktiviti fizikal.

Jika anda mengalami sakit dada yang berterusan dan anda tidak pasti sama ada ia adalah pedih ulu hati atau serangan jantung yang akan berlaku, dapatkan bantuan perubatan kecemasan. Ingatlah bahawa tempoh rasa sakit itu tidak perlu lama untuk menjadi tanda amaran.
—————————————–
๐—”๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ถ ๐—ด๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—น๐—ฎ-๐—ด๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฟ๐—ฎ๐—ด๐˜‚-๐—ฟ๐—ฎ๐—ด๐˜‚ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐˜ ๐—ด๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ฟ๐—ถ๐—ธ ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ?

saya cadangkan untuk anda terus ke Klinik As Salam berdekatan dengan anda bagi mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan dengan pasukan profesional penjagaan kesihatan yang prihatin dan pelbagai disiplin sedia untuk berunding dan memberikan servis yang terbaik.

Harap bermanfaat

Sumber :Health pulse

Sebarang persoalan atau pertanyaan tentang kesihatan anda dan orang yang tersayang, boleh hubungi nombor yang tertera di bawah atau klik link whatsapp:

012-4140969

Website
www.kliniksalam.com

#gastrik #masalahjantung #ertihiduppadamemberi #klinikassalam #cutiraya #sakitjantung #terpalingsihat #terpalingsihatraya #rayaaidilfitri #raya

Scroll to Top