Jaundise sering berlaku pada bayi. 50% bayi akan mengalami jaundise pada minggu pertama kehidupan.
Bayi anda mungkin sihat jika :
- Bayi anda cukup bulan dan tidak berisiko untuk terjadi jaundise yang teruk.
- Jaundis terjadi selepas 48 jam selepas lahir dan tiada peningkatan jaundis yang teruk.
- Bayi anda sihat dan aktif.
.
.
Anda harus dapatkan pemeriksaan doktor segera sekiranya :
- Jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan.
- Peningkatan kekuningan yang cepat
- Anak anda terdahulu pernah mengalami jaundis teruk.
- Bayi anda kelihatan tidak aktif dan tidak mahu menyusu.
- Najis bayi anda kelihatan pucat atau air kencingnya menjadi pekat.
.
.
Sekiranya jaundise dibiarkan tanpa rawatan, risiko untuk berlakunya serebral palsi, pekak atau sebarang bentuk kerosakan otak adalah tinggi. Bagi kesan sampingan ringan pula, baby kuning mungkin akan lebih berasa mengantuk.
.
Pastikan anda selalu beri perhatian kepada bayi anda. Ambil inisiatif untuk kenali simpton-simpton jaundis. Dan sekiranya terdapat tanda-tanda tersebut segeralah bawa berjumpa dengan doktor.
.
Anda juga boleh ke Klinik As-Salam untuk rujukan dan membuat ‘Ujian Jaundice’ di sini.
Hubungi Careline Klinik As-Salam di talian 03-9078 3030 untuk sebarang pertanyaan.