RAYA NI SAYA BOLEH MAKAN LEMANG RENDANG BANYAK-BANYAK KE ENCIK AS-SALAM?

Pada rabu lepas 19 April 2023, Team Outreach Klinik As-Salam ke Concorde
Hotel, Shah Alam.

.

Kehadiran kami bagi tujuan menjalankan pemeriksaan kesihatan kepada
100 orang wargakerja di situ. Program usahasama ini sebagai kempen kesedaran
dan inisiatif Klinik As-Salam dalam meningkatkan kesedaran di kalangan mereka
yang bekerja agar mengambil berat tahap kesihatan mereka. Sama ada dari pihak
majikan dan juga individu.

.

Jadi ramai la wargakerja datang dan ambil peduli untuk pemeriksaan kesihatan
ni. Mana tak nya… PERCUMA kan. Jadi wargakerja tersebut akan diperiksa dan
kami akan akan mengambil kira BMI, tekanan darah dan pemeriksaan gula dalam
darah.

Ini adalah penting kerana menjelang perayaan Aidilfitri nanti sudah tentu
pelbagai hidangan tersedia ketika beraya dan akan banyak menghadiri jemputan
rumah terbuka. Dibimbangi dengan tahap kesihatan yang tidak diketahui bakal
memberi mudarat kepada kita ketika hari raya nanti.

.

Ye la, kita tak tahu mungkin tekanan darah kita agak tinggi atau kadar gula
dalam darah kita pun tinggi. Masa jamuan raya kita pegi belasah daging kambing,
daging rendang serta makanan yang ada kolestrol dan gula yang tinggi dengan
banyak. Boleh pitam kau nanti bang! Huhuhuu.

.

Melalui program ini, Klinik As-Salam sedikit sebanyak telah berkongsi
menimbulkan kesedaran kepada masyarakat dan wargakerja tentang pentingnya
membuat pemeriksaan kesihatan. Selain itu, ini juga adalah sebuah perjuangan
Klinik As-Salam dalam membantu masyarakat dengan slogan #ertihiduppadamemberi

.

Selepas lengkap pemeriksaan kesihatan, salah seorang wargakerja di sini
bertanya kepada staf Klinik As-Salam… “Raya ni. saya boleh makan lemang
rendang banyak-banyak ke Encik As-Salam.?” :’D

.

.

Sekiranya pihak anda ingin menjemput Klinik As-Salam bagi menjalankan
pemeriksaan kepada wargakerja anda boleh berhubung dengan Tuan Hasmanto

017-202 5211

#klinikassalam

#ertihiduppadamemberi

#screeninghealth

Scroll to Top