Sakit perut boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk masalah penghadaman, jangkitan atau gangguan pada organ dalaman. Jika kerap berulang dan berpanjangan, pemeriksaan doktor mungkin diperlukan untuk mengenal pasti puncanya

 

Apa Itu Ultrasound Abdomen?

Ultrasound abdomen ialah pemeriksaan yang menggunakan gelombang bunyi berfrekuensi tinggi untuk menghasilkan imej organ di dalam bahagian abdomen. Pemeriksaan ini tidak menggunakan sinaran mengion dan biasanya dilakukan dengan menyapu gel pada kulit sebelum alat pengimbas digerakkan pada bahagian perut.

 

Antara ultrasound abdomen yang boleh dilakukan:

  • Hati
  • Pundi hempedu dan saluran hempedu
  • Buah pinggang
  • Pankreas
  • Limpa
  • Saluran darah utama di dalam abdomen

Bila Scan Abdomen Mungkin Dipertimbangkan?

  • Sakit perut yang kerap atau berpanjangan
  • Sakit pada bahagian kanan atas perut
  • Perut kembung atau membesar secara berterusan
  • Sakit pinggang atau disyaki batu karang
  • Loya dan muntah yang kerap
  • Keputusan ujian hati atau buah pinggang yang tidak normal
  • Perubahan pada warna kulit atau mata menjadi kekuningan

Kerap mengalami sakit atau ketidakselesaan pada bahagian perut?

Klinik As-Salam kini menawarkan promosi Ultrasound Abdomen sempena Bulan Kemerdekaan untuk membantu menilai keadaan organ dalaman dengan lebih menyeluruh.

 

Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.kliniksalam.com

Scroll to Top