Pernah tak anda rasa otak macam “blur”, susah nak fokus, cepat lupa benda kecil atau rasa lambat untuk berfikir?

 

Keadaan ini boleh juga dikatakan sebagai “Brain Fog”. Perkara ini bukan satu penyakit khusus, tetapi ia adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan keadaan apabila seseorang kurang fokus, memori dan kejelasan berfikir terasa terganggu.

 

Tanda-tanda Brain Fog

  • Susah fokus ketika bekerja atau belajar
  • Cepat lupa perkara kecil
  • Rasa otak “berat” atau lambat berfikir
  • Rasa lemau walaupun sudah tidur               

Kenapa Brain Fog boleh berlaku?
Brain Fog boleh dipengaruhi oleh banyak faktor termasuklah:

  • Tidur tak berkualiti Tekanan yang terlalu banyak –
  • Kurang rehat
  • Perubahan hormon
  • Keadaan kesihatan tertentu

Jika rasa blur, cepat lupa atau susah fokus berlaku sekali-sekala, ia mungkin berkait dengan gaya hidup harian. Namun, jika ia berlarutan, semakin mengganggu kerja atau aktiviti harian, jangan abaikan.

 

Mungkin anda boleh ambil beberapa langkah asas untuk menangani masalah Brain Fog ini seperti:

– Tidur secukupnya

– Minum air yang secukupnya

– Urus stres dengan baik

– Aktif bergerak secara konsisten

– Buat pemeriksaan kesihatan untuk semak bacaan badan

 

Jika anda kerap mengalami brain fog atau sudah lama tidak buat pemeriksaan kesihatan, dapatkan pemeriksaan wellness screening di Klinik As-Salam berhampiran anda.

 

Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.kliniksalam.com

Scroll to Top