Masih ramai yang tak mengetahui tentang vaginismus ataupun kurang faham tentang perkara ini dan mungkin tak sedar mereka mengalaminya.
Apa Vaginismus ni? Vaginismus ialah keadaan dimana otot disekitar faraj mengecut secara tidak sengaja terutamanya ketika hubungan intim, pemeriksaan ginekologi atau penggunaan tampon.
Kenapa ramai wanita tidak sedar mereka ada Vaginismus?
Ini antara persoalan paling penting. Ramai wanita sebenarnya mengalami simptom, tetapi tidak menyedarinya kerana:
1. Disangka “normal sakit sikit”
2. Kurang pendedahan tentang kesihatan seksual
3. Rasa malu untuk berkongsi
4. Disalah tafsir sebagai masalah emosi semata-mata
Simptom Vaginismus
– Otot pelvis terasa menegang tanpa kawalan
– Ketegangan atau rasa takut sebelum rawatan ginekologi
– Sukar atau takut melakukan hubungan intim
– Tindak balas terhadap kesakitan fizikal
Jika simptom ini berlaku secara berulang, ia bukan sesuatu yang perlu diabaikan.
Jadi, Vaginismus adalah satu perkara yang perlu diambil berat terutamanya dalam kalangan para wanita. Mungkin perkara yang dianggap biasa ketika bersama itu boleh menjadi salah satu simptom vaginismus. Segera dapatkan pemeriksaan dan nasihat daripada pakar untuk rawatan yang sesuai
Ingin tahu lebih lanjut tentang kesihatan wanita atau tentang Vaginismus?
Jangan risau, boleh dapatkan temujanji dengan pakar iaitu Dr Maiza Tusimin di Klinik As-Salam Ampang
Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.kliniksalam.com