Jerawat Muncul Sebab Kulit atau Masalah Kesihatan?

Bila tumbuh jerawat je mesti dianggap sebagai masalah kulit biasa yang berlaku apa muka berminyak atau tidak jaga muka dengan betul. Akan tetapi, ada sesetengah keadaan jerawat boleh berkait dengan faktor kesihatan dalaman kita.

 

Sebab itu, bila masalah jerawat sering berulang atau muncul secara tiba-tiba tanpa sebab yang jelas, mungkin anda perlu berjumpa dengan pakar supaya ia tidak menjadi semakin teruk

 

Apa yang menyebabkan jerawat di muka?

Jerawat muncul apabila liang pori tersumbat oleh minyak (sebum), sel kulit mati dan bakteria. Apabila liang pori tersumbat, keradangan boleh berlaku dan menyebabkan pembentukan jerawat.

 

Antara masalah kulit yang boleh menyebabkan munculnya jerawat

– Kulit berminyak

– Penggunaan produk yang tak sesuai

– Pembersihan kulit yang tidak betul

 

Bagaimana pula jerawat yang berkaitan dengan masalah kesihatan?

Jerawat bukan sahaja berkait rapat dengan faktor luaran sahaja, malah ada juga petanda yang datang daripada ketidakseimbangan dalam badan termasuklah:

 

1. Ketidakseimbangan hormon

– Keadaan ini sering berlaku semasa akil baligh, haid, kehamilan dan menopause.

2. Stress yang berpanjangan

– Apabila seseorang itu mengalami stress yang berlebihan, badan akan menghasilkan pengeluaran minyak pada kulit.

3. Kurang tidur

– Tidur yang tidak mencukupi boleh menjejaskan proses pemulihan badan dan keseimbangan hormon. Lama-kelamaan, keadaan ini boleh memberi kesan kepada kesihatan kulit.

4. Pemakanan dan gaya hidup

– Walaupun makanan bukan punca utama jerawat, diet yang tinggi gula dan makanan diproses boleh memburukkan keadaan jerawat bagi sesetengah individu.

 

Adakah Skincare sehaja mencukupi?

Kebiasaannya ramai yang akan fokus pada penggunaan produk yang berlainan apabila mengalami jerawat. Namun, jika punca sebenar itu berpunca daripada masalah hormon dan kesihatan tertentu, produk kecantikan sahaja tidak akan mencukupi.

 

Jadi, memahami punca sebenar jerawat adalah langkah pertama untuk mendapatkan rawatan yang lebih betul dan berkesan.

 

Anda masih mengalami masalah jerawat yang berpanjangan atau sering berulang?

Segera dapatkan konsultasi dengan doktor kami melalui Skin Clinic di Klinik As-Salam 24 jam Semenyih untuk tahu masalah dan rawatan yang sesuai untuk anda

 

Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.kliniksalam.com

Scroll to Top