Ibu bapa semestinya ingin memberikan pengalaman sunat yang tenang kepada anak supaya anak lebih selesa dan yakin. Sebab itu, pemilihan klinik memainkan peranan penting untuk anak dapat melalui pengalaman bersunat yang baik
Di Klinik As-Salam, kami menyediakan perkhidmatan sunat anak dengan pendekatan yang lebih mesra keluarga termasuklah proses sebelum sunat, semasa prosedur sampailah ke penjagaan selepas sunat.
Ini antara sebab mengapa Klinik As-Salam menjadi pilihan ibu bapa:
1. Doktor berpengalaman untuk mengendalikan prosedur sunat
Setiap prosedur berkhatan yang dilakukan di Klinik As-Salam akan dijalankan oleh pengamal perubatan yang terlatih dan berpengalaman. Ibu bapa juga boleh mendapatkan penerangan terlebih dahulu berkaitan prosedur sunat, kaedah sunat yang tersedia dan juga perkara yang perlu diberikan perhatian selepas bersunat.
2. Dipercayai sejak tahun 2012
Lebih sedekad, Klinik As-Salam telah menjadi pilihan ibu bapa apabila tiba musim cuti sekolah untuk sunatkan anak mereka. Selain itu, Klinik As-Salam juga telah menjalankan banyak program berkhatan bersama komuniti luar contohnya dengan pihak-pihak masjid yang berdekatan. Sambutan yang diterima juga sangat positif.
3. Klinik mesra kanak-kanak
Persekitaran klinik yang tenang dan mesra kanak-kanak juga salah satu asbab Klinik As-Salam menjadi pilihan ibu bapa. Layanan doktor dan staf yang sangat membantu dalam mengendalikan kanak-kanak memberi kesan yang positif terutamanya pada emosi kanak-kanak yang datang untuk berkhatan. Ruangan untuk kanak-kanak juga disediakan supaya mereka rasa lebih tenang dan selamat
Memilih tempat sunat anak bukan keputusan yang kecil, Ibu bapa semestinya inginkan yang terbaik untuk anak mereka. Cuti sekolah pun hampir tiba, dah dapatkan slot untuk sunatkan anak anda? Jom berikan pengalaman yang tenang dan selamat kepada anak anda bersama Klinik As-Salam
Book slot anak anda sekarang sebelum terlambat!
Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.kliniksalam.com