Sembelit merujuk kepada keadaan di mana seseorang mengalami kesukaran membuang air besar atau kekerapan membuang air besar kurang daripada 3 kali seminggu. Ramai yang anggap sembelit perkara kecil, namun jika tidak ditangani yang betul , ia boleh menjejaskan kualiti hidup harian
Punca sembelit yang berpanjangan
Sembelit yang berlaku sekali-sekala adalah normal. Namun, jika berpanjangan, ia boleh disebabkan oleh:
– Kurang pengambilan serat (serat & buah)
– Minum air yang tidak mencukupi
– Perubahan hormon
– Tabiat menahan ke tandas
Apa pulak sembelit yang teruk?
– Kurang 3 kali seminggu membuang air besar
– Najis keras
– Kesakitan ketika membuang air besar
– Kehadiran darah dalam najis
Jika anda mengalami mana-mana tanda ini, sebaiknya segera dapatkan pemeriksaan dengan doktor.
Cara yang boleh dibuat untuk mengatasi sembelit
– Tingkatkan pengambilan serat dalam diet harian
– Minum air sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari
– Kurangkan makanan tinggi lemak & proses
– Hadkan pengambilan alkohol dan minuman berkafein
– Cuba tambah probiotik dalam diet anda, seperti yang terdapat dalam yogurt
Kesimpulannya, jika sembelit berlarutan, pemeriksaan lanjut penting untuk mengenal pasti punca yang sebenar. Sembelit mungkin nampak ringan, tetapi jika dibiarkan ia akan memberi kesan kepada kesihatan usus dan badan secara keseluruhan.
Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.kliniksalam.com