Cuaca Panas Melampau: Risiko Yang Ramai Tak Sedar

Cuaca panas yang melanda Malaysia sekarang bukan sekadar rasa tidak selesa tapi ia boleh memberi kesan serius kepada kesihatan jika tidak pandang remeh. Ada juga suhu yang pernah mencecah antara 37 sehingga 40 darjah Celcius, satu paras yang boleh dikaitkan dengan gelombang haba

 

Siapa yang lebih berisiko?

  • Individu yang aktif di luar (buruh, peladang, atlet, tentera, polis)
  • Dewasa berumur 40 tahun ke atas
  • Kanak-kanak bawah 5 tahun
  • Pesakit penyakit pernafasan
  • Pesakit darah tinggi, jantung, kencing manis & tiroid

Apabila suhu meningkat, badan akan cuba menyejukkan diri melalui peluh, Namun proses ini menyebabkan kehilangan air dan elektrolit dengan cepat.

 

Apa risiko yang ramai tak sedar?
– Dehidrasi senyap
– Strok haba
– Keletihan yang melampau
– Pening
– Kurang fokus

 

Dalam keadaan yang lebih serius, ia boleh menyebabkan strok haba (heat stroke) yang memerlukan rawatan segera.

 

Jadi cara yang boleh anda ambil untuk lindungi diri termasuklah:
– Minum air secukupnya walaupun tidak rasa haus
– Elakkan minuman berkafein atau terlalu manis
– Kurangkan aktiviti luar ketika waktu tengah hari
– Pakai pakaian ringan dan berwarna cerah

 

Jangan tunggu sehingga badan memberi signal yang bahaya. Ambil langkah awal untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga sepanjang keadaan cuaca yang semakin tidak menentu sekarang

 

Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.kliniksalam.com

Scroll to Top