Kenapa Scan Semasa Mengandung Sangat Penting untuk Ibu dan Bayi?

Dalam tempoh kehamilan, pastinya ibu akan melakukan prosedur scan kehamilan! bukan sahaja ibu ayah dapat melihat wajah atau pergerakan bayi sahaja, malah dapat memantau kesihatan ibu dan perkembangan bayi sepanjang kehamilan.

Scan kandungan? Apa tu?
Scan kandungan adalah pemeriksaan menggunakan gelombang bunyi berfrekuensi tinggi (ultrasound) untuk menghasilkan imej bayi di dalam rahim. gelombang itu akan bergerak ke rahim dan kembali ke janin sebagai getaran.

Fungsi scan semasa mengandung termasuklah:
– Mengesahkan kehamilan dan lokasi kandungan (dalam rahim)
– Menentukan usia kehamilan dan tarikh jangkaan bersalin
– Memantau tumbesaran bayi mengikut usia kandungan
– Mengesan sebarang kelainan atau risiko komplikasi lebih awal

Pemeriksaan ini membantu doktor membuat keputusan yang tepat untuk memastikan kehamilan berjalan dengan selamat.

Apa jenis scan yang ada di Klinik As-Salam?
– 2D/3D/4D/5D Scan
– Growth 2D Scan
– NT Scan
– 2D Detailed Scan

Ingin Lakukan Scan Kehamilan?
📍 Jom lakukan pemeriksaan scan di Klinik As-Salam.
Kami menggunakan teknologi ultrasound berkualiti tinggi serta dikendalikan oleh doktor berpengalaman, demi memberikan ketenangan dan kepuasan kepada setiap ibu mengandung.

Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.kliniksalam.com

Scroll to Top