Tidur & Berat Badan: Hubungan yang Ramai Tak Sedar

Sekiranya anda berusaha untuk turunkan berat badan, waktu tidur yang anda dapatkan adalah sama pentingnya dengan diet dan senaman anda setiap hari. Tidur bukan sekadar rehat sahaja, malah memainkan peranan penting untuk kawalan hormon. selera makan dan metabolisme badan. Ramai yang tidak menyedari yang tidu yang cukup dan berkualiti juga penting untuk proses turun berat badan.

𝐀𝐩𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐤𝐮 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐤𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐮𝐫?
– Hormon jadi tidak seimbang terutamanya hormon lapar
– Metabolisme jadi lebih perlahan
– Sukar mengawal selera makan
– Tahap stress anda meningkat

Secara umumnya, 7-9 jam ialah tidur yang berkualiti setiap malam bagi orang dewasa. Tempoh juga perlu lah diikuti dengan tidur yang nyenyak, tidak kerap terjaga dan waktu yang konsisten

𝐁𝐚𝐠𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐮𝐫 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐮𝐡𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐭 𝐛𝐚𝐝𝐚𝐧?
– Menyebabkan lemak lebih mudah terkumpul
– Menyukarkan penurunan lemak walaupun berat turun
– Meningkatkan risiko berat naik semula

Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.kliniksalam.com

Scroll to Top