BMI, Lemak Visceral & Obesiti: Apa Bezanya?

Ramai orang masih menilai tahap kesihatan hanya berdasarkan berat badan. Mereka beranggapan bahawa jika badan kelihatan kurus, bermakna sihat, manakala berat berlebihan pula menandakan tidak sihat. Hakikatnya, kesihatan tubuh tidak boleh dinilai dari satu sudut sahaja. BMI, lemak visceral, dan obesiti juga memainkan peranan penting namun masih ramai yang keliru tentang perbezaannya.

Apa Itu BMI?
BMI (Body Mass Index) ialah ukuran yang digunakan untuk menilai sama ada berat badan seseorang berada dalam julat sihat berdasarkan ketinggian. Namun, BMI hanya memberi gambaran kasar kerana ia tidak dapat membezakan antara otot dan lemak, serta tidak menunjukkan lokasi lemak dalam badan.

Kategori BMI secara umum:
– Kurang berat badan
– Normal
– Overweight
– Obesiti

Apa Itu Lemak Visceral?
Lemak visceral ialah lemak yang tersimpan di bahagian dalam abdomen, mengelilingi organ penting seperti hati, pankreas dan usus. Lemak visceral yang berlebihan boleh meningkatkan risiko:

– Kencing manis (diabetes jenis 2)
– Tekanan darah tinggi
– Penyakit jantung
– Strok

Apa Pula Maksud Obesiti?
Obesiti ialah keadaan di mana lebihan lemak badan telah memberi kesan negatif kepada kesihatan. Ia bukan sekadar berat badan berlebihan, tetapi satu keadaan perubatan yang meningkatkan risiko pelbagai penyakit kronik.

Antara penyakit yang sering dikaitkan dengan obesiti ialah:
– Diabetes jenis 2
– Tekanan darah tinggi
– Kolesterol tinggi
– Penyakit jantung dan salur darah
– Masalah sendi dan sakit lutut

Bila Perlu Dapatkan Nasihat Doktor?
– Berat badan susah turun walaupun sudah menjaga pemakanan dan bersenam
– Mempunyai penyakit berkaitan berat badan seperti diabetes atau darah tinggi
– Berat badan semakin meningkat tanpa sebab yang jelas
– Ingin menurunkan berat badan secara selamat dan berkesan

Pengurusan berat badan yang berkesan bukan sekadar menurunkan angka di penimbang, tetapi mengurangkan risiko kesihatan secara menyeluruh di bawah pemantauan doktor.

Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.kliniksalam.com

Scroll to Top