Langkah Pertama Menuju Tanah Suci: Pastikan Kesihatan Anda Bersedia
Kenapa penting sangat untuk buat pemeriksaan kesihatan ni? Sebab kat sana para jemaah akan menghadapi cuaca yang panas, tempat yang sesak dan aktiviti fizikal yang banyak. Kalau badan tak bersedia dengan betul, risiko untuk jatuh sakit tu sangat tinggi.
Menurut artikel Bernama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata setakat ini tiga peratus daripada 31,600 bakal jemaah haji Malaysia dilaporkan gagal ujian saringan kesihatan untuk menunaikan rukun Islam kelima musim 2026.
Kenapa pemeriksaan kesihatan itu penting? – Memastikan badan anda cukup fit untuk beribadah – Melindungi diri anda & orang lain dari penyakit berjangkit – Mematuhi syarat kesihatan & undang-undang perjalanan – Memastikan anda dapat menangani perubahan persekitaran & cabaran fizikal
Tips pemeriksaan kesihatan Umrah/Haji – Minum air secukupnya – Memakai pelitup muka – Menjaga kebersihan – Rehat yang cukup sebelum perjalanan
Dengan pemeriksaan kesihatan awal di Klinik As-Salam, perjalanan ibadah anda bukan sahaja selamat, tetapi juga lebih tenang.