Naik ruam kemerahan pada kulit selepas melakukan umrah atau haji? Segeralah berjumpa dengan doktor jika anda mempunyai simptom ini!
Apa itu penyakit Meningitis?
Mungkin ramai dalam kalangan jemaah umrah ataupun haji masih tidak ketahui tentang penyakit ini. Meningitis ialah jangkitan kuman pada selaput otak atau saraf tunjang. Penyakit ini boleh berlaku melalui rembesan saluran pernafasan daripada individu yang telah dijangkiti. (Hello Health Group)
Mengapa Jemaah Umrah berisiko tinggi?
• Perhimpunan yang berskala besar
Himpunan Jemaah yang ramai dan padat membuatkan penyakit ini lebih mudah untuk merebak melalui batuk, bersin dan sentuhan.
• Sistem imun badan yang lemah
Penyakit ini lebih kerap dijangkitan dalam kalangan individu yang sudah berumur dan mempunyai diabetes.
Simptom-simptom meningitis
• Demam tinggi secara tiba-tiba
• Ruam kemerahan pada kulit
• Ketegangan dibahagian leher
• Sakit kepala yang teruk
• Selalu mengantuk atau sukar untuk bangun tidur
• Sensitif terhadap cahaya
Walaubagaimanapun penyakit ini masih boleh dikawal dengan beberapa langkah pencegahan iaitu:
• Mengambil vaksin Pneumococcal, Meninggococcal dan HIB
• Pemakaian pelitup muka
• Elakkan berkongsi barang peribadi
Dapatkan suntikan vaksin umrah anda di Klinik As-Salam berdekatan harini!
Lindungi diri dan keluarga anda sebelum terlambat. Umrah lebih tenang, keluarga lebih semangat untuk menunaikan ibadah umrah.
Untuk maklumat lanjut:
Hubungi: 03-9078 3030 / 012-414 0969
Layari: www.kliniksalam.com