Search
Close this search box.

Gejala Influenza – Bahaya!

Secara kebiasaannya, gejala influenza bermula 1 atau 2 hari selepas dijangkiti, dan ianya meliputi

  • Demam
  • Selesema
  • Sakit tekak
  • Batuk
  • Sakit kepala
  • Sakit badan
  • Sukar bernafas
  • Cirit-birit dan sakit perut (khususnya dalam kalangan kanak-kanak)
    Kerapkali jangkitan virus influenza sekadar menyebabkan gejala jangkitan yang ringan pada kebanyakan orang yang mempunyai tahap immuniti badan yang baik.

𝗕𝗮𝗴𝗮𝗶𝗺𝗮𝗻𝗮𝗸𝗮𝗵 Influenza boleh merebak?

Influenza merebak dari seorang individu yang dijangkiti kepada seorang individu yang lain melalui titisan salur pernafasan (respiratory droplets) apabila bercakap, batuk atau bersin. Titisan ini boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut.

—————————————–
Jangan pandang remeh

Pakar Perubatan Kesihatan Keluarga, Dr Rosmaliza, berkata influenza tidak boleh dipandang ringan memandangkan ia boleh mengakibatkan lebih banyak penyakit yang serius termasuk kegagalan fungsi badan.

Mengulas mengenai jangkitan yang serius, Dr Rosmaliza menjelaskan kemungkinan berlaku apabila seseorang dijangkiti itu menghidap jangkitan lain seperti kencing manis.

“Apabila pesakit dijangkiti selesema, organ badan termasuk buah pinggang, hati, otak menjadi rosak dan tak berfungsi.

“Ia boleh mengakibatkan kegagalan semua organ badan dengan risiko kematian menjadi lebih tinggi,” katanya.

——————————-

Kami mencadangkan untuk anda terus ke Klinik As Salam berdekatan dengan anda bagi mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan dengan pasukan profesional Klinik As-Salam jika anda atau keluarga anda mengalami gejala-gejala seperti yang telah disebutkan diatas. 

 

Sebarang persoalan atau pertanyaan tentang kesihatan anda dan orang yang tersayang, boleh hubungi nombor yang tertera di bawah atau klik link whatsapp:

012-4140969

Sebarang pertanyaan tentang Vaksin Influenza – https://kliniksalam.com/bm/perkhidmatan/senarai-perkhidmatan-vaksin/ 

#gastrik #masalahjantung #ertihiduppadamemberi #klinikassalam #cutiraya #sakitjantung #terpalingsihat #terpalingsihatraya #rayaaidilfitri #raya

Scroll to Top