Klinik As-Salam

Pemeriksaan Penyakit Kuning Bayi (Jaundis) Serviks Dari Klinik As Salam

Pemeriksaan Kuning Bayi | Jaundis

Apakah itu Jaundis? Jaundis ialah keadaan di mana kulit dan mata bayi baru lahir menjadi kuning. Ia berlaku disebabkan oleh pengumpulan bahan yang dipanggil bilirubin, yang terhasil semasa pemecahan sel darah merah. Biasanya, hati akan menyingkirkan bilirubin, tetapi bagi bayi baru lahir, organ ini masih belum matang.

Kenapa Bayi Boleh Kena Jaundis?

Jaundis Normal (Fisiologi)

– Berlaku selepas 2–3 hari kelahiran. Biasanya tidak berbahaya dan hilang sendiri.

Jaundis Susu Ibu

– Terjadi pada bayi yang menyusu badan sepenuhnya. Bilirubin lambat keluar  kerana bayi kurang kerap buang air besar.

Jaundis Tidak Normal (Patologi)

– Berlaku dalam 24 jam pertama atau berlarutan lebih 2 minggu. Mungkin berpunca daripada masalah darah, kekurangan enzim (G6PD), atau jangkitan.

Informasi terlanjut – Pengalaman Jaundis Bayi 

Tanda-Tanda Jaundis

Tanda paling jelas jaundis ialah perubahan warna kulit menjadi kekuningan. Walau bagaimanapun, perubahan ini mungkin sukar dikesan jika bayi mempunyai tona kulit yang lebih gelap. Biasanya, perubahan warna ini lebih mudah dilihat di bahagian kepala dan muka. Anda juga boleh mengenal pasti jaundis dengan menekan perlahan kulit bayi menggunakan jari; jika kawasan yang ditekan kelihatan kekuningan, ini mungkin petunjuk jaundis.

  • Kulit bayi bertukar kuning (terutamanya di muka dan dada).
  • Mata putih kelihatan kekuningan.
  • Bayi kelihatan mengantuk berlebihan atau kurang menyusu.
  • Najis pucat atau air kencing kuning gelap.

Punca-Punca Jaundis

Beberapa keadaan boleh meningkatkan kemungkinan bayi mengalami jaundis, antaranya:

  • Keturunan/Etnik: Kajian menunjukkan bahawa bayi yang berasal daripada keturunan Asia Timur atau Mediterranean berisiko lebih tinggi untuk mengalami jaundis fisiologi.

  • Perbezaan jenis darah antara ibu dan bayi: Jika darah ibu dan bayi tidak sepadan, antibodi daripada ibu boleh memasuki aliran darah bayi melalui plasenta, menyebabkan pemecahan sel darah merah yang lebih cepat dan seterusnya meningkatkan paras bilirubin.

  • Kecederaan kelahiran seperti lebam: Bayi yang mengalami lebam semasa proses kelahiran berisiko mempunyai paras bilirubin yang lebih tinggi akibat pemecahan sel darah merah daripada kawasan lebam tersebut.

  • Kelahiran pramatang: Bayi yang lahir sebelum 38 minggu mungkin belum mempunyai hati yang cukup matang untuk memproses bilirubin secara efektif. Selain itu, bayi pramatang cenderung menyusu kurang, menyebabkan pergerakan usus yang lebih sedikit dan pengurangan penyingkiran bilirubin melalui najis.

  • Penyusuan susu ibu (terutamanya eksklusif tetapi tidak mencukupi): Jika bayi hanya disusukan tetapi tidak mendapat cukup susu, ia boleh menyebabkan dehidrasi atau pengambilan kalori yang rendah, yang menyumbang kepada jaundis penyusuan. Oleh itu, penyusuan yang betul dan mencukupi sangat penting untuk mengurangkan risiko ini.

Untuk informasi terlanjut – 3 Petua Yang Sering Diamalkan Tetapi Berisiko Untuk Jaundis!

 

Apa ibu bapa boleh buat untuk elak Jaundis menjadi serius?

Pantau warna kulit bayi, terutamanya minggu pertama.

Pastikan bayi menyusu dengan baik dan kerap.

Dapatkan pemeriksaan doktor jika ada tanda kekuningan yang teruk.

Jangan amalkan petua yang belum terbukti secara perubatan.

Cara Rawatan bergantung kepada tahap bilirubin dalam darah bayi

  • Fototerapi – Bayi diletakkan di bawah lampu khas yang membantu memecahkan bilirubin.
  • Rawatan di rumah – Untuk kes ringan, doktor mungkin sarankan penyusuan lebih kerap.
  • Pertukaran darah – Dalam kes kritikal, darah bayi mungkin perlu diganti.

Tempah Janji Temu Hari Ini!

Berikan anak anda permulaan hidup yang terbaik dengan memastikan mereka bebas daripada risiko jaundis dan komplikasi kesihatan lain. Klinik As-Salam sedia membantu anda dengan perkhidmatan pemeriksaan bayi baru lahir yang pantas, mudah dan dipercayai.

Scroll to Top