Search
Close this search box.

Apa itu Ovarian CYST?

Cyst ovari adalah kantung yang dipenuhi cecair yang tumbuh di ovari semasa ovulasi. Ia biasanya berlaku di dalam atau di permukaan ovari, sebahagian daripada sistem pembiakan wanita yang menghasilkan hormon estrogen dan progesteron, serta sel telur (ova) yang diperlukan untuk pembiakan. 

5 Jenis Ovarian Cyst Yang Boleh  Dikesan Dengan Ultrasound

1 – Follicular cyst – terbentuk apabila follicle yang matang tidak membebaskan ovum. Follicle akan terus membesar, membentuk cyst. Walaubagaimanapun, biasanya cyst ini akan mengecil (atau hilang) pada kitaran haid seterusnya.

2 – Corpus luteal cyst – terbentuk apabila follicle yang sepatutnya mengecut selepas membebaskan ovum, membesar dan membentuk cyst. Cyst ini juga biasanya akan hilang pada kitaran haid seterusnya.

3- Endometrioma – Adalah pembentukan dan pengumpulan tisu endometrium di dalam atau berdekatan ovari. Senggugut antara symptom biasa Wanita yang mempunyai endometrima cyst.

4 – Dermoid cyst – terbentuk daripada germ cell dan boleh membentuk komponen tisu tulang, gigi, lemak atau rambut di dalam cyst.

5- Cystadenomas – terbentuk di permukaan ovari, dan ada potensi menjadi kanser.

.

Gambar di bawah menunjukkan cyst ovari yang dapat dikesan melalui imbasan ultrasound di Klinik As-Salam.

.

5 Kategori Wanita Yang Perlu Menjalani Screening Ovarian Cyst

  1. Berumur 15 – 49 tahun.
  2. Mengalami masalah ketidakstabilan hormon, seperti polycystic ovarian syndrome (PCOS)
  3. Mempunyai endometriosis
  4. Mempunyai sejarah ovarian cyst sebelum ini
  5. Faktor keluarga yang pernah mempunyai ovarian cyst.

Simptom Penyakit CYST/ Gejala :

Mengalami kesakitan pada bahagian pelvis, ketika melakukan hubungan kelamin dan sakit ketika haid.

Mengalami masalah membuang air kecil atau besar.

Perut membesar dan terasa ada ketumbuhan di perut.

Rasa kenyang atau perut penuh.

Rasa mahu terkencing sepanjang masa.

Sakit di belakang atau paha

Payudara menjadi lembut.

Pening dan muntah.

Jika anda mengalami simpton-simpton seperti di atas, SEGERALAH buat pemeriksaan dan berjumpa doktor. Anda juga boleh buat pemeriksaan di Klinik As-Salam. Tapi adalah lebih baik jika anda membuat pemeriksaan awal walaupun tidak mempunyai sebarang simpton.

.

Tempah slot appointment anda di sini – https://kliniksalam.com/bm/perkhidmatan/imbasan-ultrasound/pakej-ultrasound-wanita/

Hubungi Careline Klinik As-Salam di talian 03-9078 3030 untuk sebarang pertanyaan.

Scroll to Top