Cuaca panas di Malaysia kebelakangan ini mampu mengundang bencana pada kita di musim perayaan ni tanpa kita sedari. Ibu bapa perlu lebih perhatian kepada anak mereka jika terdapat sebarang masalah kesihatan.
Baru-baru ini negara digemparkan dengan beberapa kes kematian kanak-kanak yang berpunca daripada strok haba. Strok haba tidak menampakkan sebarang kecederaan fizikal pada tubuh kanak-kanak. Justeru ibu bapa perlu sentiasa berwaspada dan memastikan anak-anak mereka dapat terhindar dari strok haba.
APA ITU STROK HABA?
Strok haba berlaku apabila sistem tubuh badan tidak dapat mengawal suhu secara normal. Badan mengalami kenaikan suhu mendadak dan kegagalan menghasilkan peluh. Strok haba mampu meragut nyawa atau mengakibatkan kehilangan upaya kekal.
Gejala & Akibat Strok Haba Sebab Cuaca Panas
Pastikan anak-anak anda tidak terdedah dan bermain di tempat yang panas dan galakkan mereka memakai payung. Sentiasa mengingatkan mereka untuk meminum air kosong dan berada di tempat yang berkipas/aircond untuk menyejukkan badan.
Jangan tinggalkan anak-anak di dalam kereta untuk masa yang lama tanpa penghawa dingin serta hadkan aktiviti di luar rumah dan lebihkan masa di dalam rumah.
.
Sekiranya anak anda mengalami sebarang masalah kesihatan seperti demam, SEGERALAH bawa berjumpa doktor secepat mungkin! Kami di Klinik As-Salam sentiasa bersedia membantu anda.
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-9078 3030.
#klinikassalam #ertihiduppadamemberi #strokhaba