Dalam dunia perubatan moden, rawatan sel stem mendapat perhatian kerana potensinya untuk membantu memulihkan kesakitan sendi lutut yang mengalami osteoarthritis dan masalah degeneratif tulang rawan.

Apa itu Sel Stem?

Sel Stem ialah sel yang mampu menjana semula sel sendi dalam tubuh seperti sel otot, tulang rawan atau saraf. ia dapat membantu menggantikan sel-sel yang rosak dan mempercepatkan proses penyembuhan semula jadi badan

Menurut artikel Bernama, sel stem mempunyai potensi besar untuk merangsang pertumbuhan semula rawan yang rosak, sekali gus membantu membaiki fungsi sendi tanpa perlu melalui pembedahan penggantian sendi invasif.

Siapa yang sesuai mendapatkan rawatan Sel Stem?

– Pesakit dengan masalah sakit sendi lutut tahap ringan hinggan sederhana
– Pesakit yang mempunyai keradangan sendi
– Mereka yang mengalami masalah lutut akibat degenerasi tisu sendi

Kini di Klinik As-Salam, kami memperkenalkan Teknologi Terapi Sel Stem (Stem Cell Therapy), dijalankan oleh pakar bertauliah bagi membantu anda mendapatkan semula keselesaan dan pergerakan optimum.

Langkah kecil anda hari ini boleh jadi permulaan besar untuk kesihatan sendi anda esok. Dapatkan Rawatan Sel Stem anda di Klinik As-Salam hari ini

Untuk maklumat lanjut:
📞 03-9078 3030 | 012-414 0969
🌐 www.kliniksalam.com

Scroll to Top