Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

PERNAH DENGAR TENTANG DEMAM TIFOID? 🤔

Demam Tifoid – Apa Yang Perlu Anda Tahu..?

Demam tifoid ialah jangkitan bakteria yang disebabkan oleh bakteria Salmonella enterica serovar Typhi. Ia merupakan penyakit yang serius dan boleh membahayakan nyawa yang disebarkan melalui makanan dan air yang tercemar atau melalui sentuhan dengan najis atau air kencing pesakit yang dijangkiti.

Simptom Demam Tifoid:
🥵 Demam tinggi
🥵 Sakit kepala
🥵 Sakit perut
🥵 Cirit-birit
🥵Sembelit

Kesan jika tidak dirawat?
🥵 Boleh berpanjangan sehingga minggu atau berbulan
🥵 Komplikasi usus
🥵 Radang paru-paru

Cara pencegahan demam tifoid:
✅ Amalan kebersihan yang baik
✅ Mencuci tangan dengan kerap
✅ Mengelakkan mengambil makanan atau air yang mungkin tercemar
✅ Mengambil vaksin tifoid

Walaupun demam tifoid merupakan penyakit yang serius, ia agak jarang berlaku di banyak bahagian dunia. Walau bagaimanapun, ia masih menjadi masalah kesihatan utama di banyak negara membangun, terutamanya di kawasan yang masih lemah dengan sanitasi dan akses terhadap penjagaan kesihatan.

Bagi pengusaha atau pengendali restoran, kantin, makanan di taska atau pun gerai makanan, anda diwajibkan untuk mendapatkan vaksin typhoid bagi mematuhi AKTA MAKANAN 1983 dan AKTA KAWALAN PENYAKIT 1988 yang tertulis: 31.

Anda mahukan perlindungan dari demam tifoid?
Kami di Klinik As-Salam ada menyediakan vaksin typoid di semua cawangan kami.
Hanya datang dan boleh mendapatkan perlindungan kendiri anda 🤗

Sebarang tempahan boleh ke:
https://book.kliniksalam.com/customer

Maklumat lanjut mengenai Klinik As-Salam:
https://kliniksalam.com/

#klinikassalam #ertihiduppadamemberi #typhoid

Scroll to Top