Klinik As-Salam

Persediaan sebelum pergi Scan (Ultrasound) yang anda tak tahu !

Nak buat imbasan ultrasound? Perlu buat persediaan ke?

Persediaan sebelum imbasan adalah penting untuk memastikan proses imbasan berjalan lancar. Ini akan membantu sonografer mendapatkan imej dan maklumat yang tepat serta terperinci mengenai bahagian yang akan diperiksa.

1. Persediaan sebelum scan bagi perempuan

Thyroid Scan : Tiada persediaan sebelum memulakan scan.

Breast Scan / Imbasan Payudara : Tiada persediaan sebelum memulakan scan.

Abdomen Scan / Imbasan Badan: Puasa 6 jam sebelum memulakan scan.

Hepatobiliary Scan / Imbasan Hati dan Hempedu: Puasa 6 jam sebelum memulakan scan dan hanya dibenarkan untuk minum air putih sahaja.

Scan Bayi (8minggu kebawah): Minum 2-4 gelas sebelum scan dan jangan buang air kecil.

KUB Scan : Minum 4 gelas sejam sebelum scan dan jangan buang air kecil.

 

2. Persedian sebelum scan bagi lelaki.

Thyroid Scan : Tiada persediaan sebelum memulakan scan.

Abdomen Scan / Imbasan Badan: Puasa 6 jam sebelum memulakan scan.

Hepatobiliary Scan / Imbasan Hati dan Hempedu: Puasa 6 jam sebelum memulakan scan dan hanya dibenarkan untuk minum air putih sahaja.

Scan Bayi (8minggu kebawah): Minum 2-4 gelas sebelum scan dan jangan buang air kecil.

Sebarang persoalan atau pertanyaan tentang imbasan atau scan untuk anda atau yang tersayang, boleh hubungi nombor yang tertera di bawah atau klik link whatsapp:

012-4140969

Website
www.kliniksalam.com

#scan #imbasan #ertihiduppadamemberi #klinikassalam #scanbaby #babyscan #ultrasound

Scroll to Top