Assalamualaikum dan selamat sejahtera!
Alhamdulillah, selepas 5 bulan bulan kahwin, Allah kurniakan rezeki untuk mengandung, Allah tiupkan roh si kecil ke dalam rahimku.
Perasaan ketika itu, gembira dan terharu sangat-sangat.
Macam mana boleh tahu pregnant? Firstly, saya tak datang bulan sepanjang 2 bulan dan dalam tempoh itu, tekak mula rasa semacam.
“ Aku pregnant ke?” getus hatiku, tapi taknak bagi harapan dekat diri sendiri sebab sebelum ini pernah juga tidak datang bulan 10hari .
Maka bermulalah usaha untuk mengesahkan kehamilan.. Saya decide untuk buka buku pink di KK. tapi sewaktu saya sampai 8pagi, ibu-ibu hamil dan ibu bersama anak sudah beratur untuk kaunter Klinik Kesihatan Ibu dan Anak.. beratur dan masing-masing menunggu nombor!
“Susah macam ni, nak beratur ambil nombor, nak tunggu giliran lagi…pukul berapa nak jumpa doktor?, ” tertanya-tanya sendirian .
Keadaan KK ketika itu sesak, panas dan berserabut dengan bunyi nombor giliran di sana sini, dan ada juga suara misi menjerit-jerit memanggil nama patient.
Saya yang terasa loya bertambah rimas dengan keadaan begitu. Terfikir, macam mana nak hadap 9 bulan check up dengan keadaan sekeliling yang merimaskan dan kepala yang pening. Ini belum perut besar lagi. Kalau mabuk ni teruk dan tak hilang sepanjang mengandung macam mana?
Cepat-cepat google dan cari klinik ibu anak terdekat atau apa-apa klinik yang ada perkhidmatan untuk buka buku pink.
“ Buka buku pink di Klinik As-Salam”
“ Klinik selesa dan seperti hotel, hanya di Klinik As-Salam”
“ Pakej Antenatal di Klinik As-Salam”
“ Doktor lembut dan mesra terhadap ibu hamil”
Satu persatu feedback dan recommend baik-baik keluar. Dari google search , terus bawa ke website dan seterusnya ke social Media Klinik As-Salam.
Apa yang menariknya ada pakej buka buku pink di Klinik As-Salam, apa yang termasuk dalam pakej ini ialah :
- Buku pink
- Ujian air kencing
- Ujian profil darah
- Ultrasound scan 2D
- Pemeriksaan fizikal kandungan
- Kaunseling awal kehamilan
“ Bagus ni, tak perlu pening-pening lagi, semua dah ada. Feedback pun best-best.”
Selepas dapat keizinan dari Encik suami, terus saya berdiri dan hendak menuju Klinik As-Salam yang paling terdekat.
Apa yang saya perasan, sudah hampir 2jam saya duduk , cari-cari klinik ibu anak di google dan berfikir-fikir di bangku ini, tetapi kakak sebelah saya, nombornya masih belum dipanggil…
PART2 saya akan kongsikan pengalaman saya buka Buku Pink di Klinik As-Salam.