Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

“Risau nya anak jaundis, dah la anak pertama, tak tahu sangat apa yang nak dijaga, di pantau semua…”

Macam-macam yang difikirkan waktu ni.
Boleh ke buat itu, boleh ke buat ini?

Sebab Hana mula ada jaundis masa hari ke 2 dilahirkan.
Cukup bulan, sihat je semua.
Alhamdulillah.

Tapi bila nak keluar hospital masa tu, doktor ada beritahu bacaan jaundis dekat Hana ni boleh jadi lebih tinggi kalau tak dijaga dengan betul.

Dekat sini dah ada rasa risau sikit.
Lebih kepada risau, macam mana kalau jaundis Hana jadi teruk?

Bacaan masa itu takda teruk atau tinggi mana.
Risau akan meningkat sampai satu peringkat jadi prolong jaundis je.

Selepas doktor izinkan untuk kami pulang ke rumah, lega la sikit hati sebab tak perlu tinggalkan Hana dekat hospital sorang diri.

Cuma doktor beri syarat, perlu kerap menyusu untuk Hana.
Kalau tidur pun, perlu juga beri minum susu. Sebab bayi jaundis ni, makin banyak mereka membuang, lebih bagus. Kadar bilirubin akan turun. Jadinya bacaan jaundis pun akan makin rendah.

Masalahnya, Hana ini suka tidur, susah nak berjaga.
Sebab bayi yang baru dilahirkan ni kan, mereka masih mencari dan belajar dengan suasana dan sekitar di luar dari perut ibu.

Makan minum pun perlu kita yang suapkan, paksa untuk menyusu.
Lain jika semasa diorang dalam perut ibu.

Bila tak perlu diwarded, perlu buat regular check up saja untuk check tsb Hana.

Hari ke-2: 12mg/dL
Hari ke-4: 10mg/dL
Hari ke-6: 9mg/dL
Hari ke-8: 7mg/dL

Syukur makin hari makin berkurang kandungan bilirubin dalam darah Hana. Berkat rajin dan disiplin untuk beri susu kat Hana je.

Lagi satu, sebab saya dan Hana darah jenis B, jadi memang rendah kebarangkalian untuk Hana akan ada jaundis selepas lahir.

Ada juga yang bertanya, dekat mana saya dan suami bawa Hana untuk check bacaan jaundis atau tsb Hana?

Kami ke Klinik As-Salam je, dekat dengan rumah, klinik pun bersih dan selesa, tak perlu bersesak dekat tempat lain. Tenang je..

Klinik As-Salam mempunyai banyak cawangan, dan hampir kesemua cawangan mereka beroperasi 24Jam sehari.

Jadinya, nak check jaundis waktu malam pun boleh. Mudah kan?

Sebarang tempahan boleh ke:
https://book.kliniksalam.com/customer

Maklumat lanjut mengenai Klinik As-Salam:
https://kliniksalam.com/

#klinikassalam #ertihiduppadamemberi #jaundis

Scroll to Top