Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

Kebiasaannya orang kita, akan panggil gelaran jaundis itu sebagai demam kuning. Tetapi pada amnya, jaundis dan demam kuning adalah dua perkataan sekaligus membawa makna yang berbeza.

Apakah perbezaan antara jaundis dan demam kuning atau “Yellow Fever”?

Jaundis merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh perubahan warna kekuningan pada kulit (bahagian putih pada mata) bayi yang baru lahir. Jaundis terjadi akibat pemendapan bilirubin apabila terdapat peningkatan tahap bilirubin dalam darah, iaitu keadaan yang juga dikenali sebagai hyperbilirubinemia.

Manakala Demam Kuning atau “Yellow Fever” adalah satu penyakit berjangkit. Dikenali dalam dua bentuk iaitu demam kuning yang berlaku di bandar dan hutan. Demam kuning yang berlaku di bandar disebarkan oleh nyamuk kepada manusia. Selain itu, Demam Kuning yang berada di hutan merebak dari nyamuk kepada manusia. Walaupun penunjuk utama risiko penyakit adalah berdasarkan kepada kes yang dilaporkan di kalangan manusia, penyakit ini kurang dikesan kerana tahap kekebalan penduduk adalah tinggi serta kelemahan sistem memantau kejadian.

Individu yang ingin melakukan perjalanan ke negara-negara yang mengalami risiko transmisi Yellow fever di Afrika, Amerika Tengah dan Selatan berisiko dijangkiti Demam Kuning. Kehadiran vektor di Asia, iaitu nyamuk Aedes menyumbang kepada kejadian penyakit. Malaysia terdedah dan mudah mendapat jangkitan Demam Kuning. Agen penyebab: Arbovirus dari Genus Flavivirus dan keluarga Flaviviridae.

Cara jangkitan: Gigitan nyamuk Aedes aegypti yang dijangkiti.

Tempoh pengeraman: 3 hingga 6 hari (atau lebih) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti.

Tanda-Tanda dan Gejala Demam Kuning (Jaundis)

Sesetengah jangkitan adalah asimptomatik (tanpa gejala) tetapi kebanyakan jangkitan adalah akut dan berlaku dalam dua peringkat.

Peringkat permulaan:

  • Demam
  • Sakit otot
  • Sakit kepala
  • Seram sejuk
  • Hilang selera makan
  • Loya dan/atau muntah-muntah
  • Bradikardia

Peringkat kedua:

Selepas beberapa hari, 15% pesakit melarat sehingga ke peringkat kedua, dengan kemunculan semula:

  • Demam
  • Jaundis
  • Sakit perut
  • Muntah
  • Pendarahan
  • Kematian boleh berlaku 10 hingga 14 hari selepas kemunculan penyakit

Pencegahan Demam Kuning

Keperluan Vaksinasi

Sijil vaksinasi Demam Kuning diperlukan daripada semua individu (rakyat Malaysia dan warga asing) yang melakukan perjalanan pergi ke atau melalui negara-negara yang mengalami risiko transmisi Yellow fever. Sijil vaksinasi antarabangsa Yellow fever juga diperlukan bagi pengembara yang transit melebihi 12 jam melalui lapangan terbang di negara yang mengalami risiko transmisi Yellow fever (seperti yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) 2005 dan Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit – Akta 1988).

Individu tanpa sijil vaksinasi Demam Kuning yang sah akan dikuarantin setibanya di Malaysia dalam tempoh tidak melebihi 6 hari. Sijil vaksinasi antarabangsa Yellow fever hanya akan sah sepuluh (10) hari selepas tarikh vaksinasi diberikan dan sah untuk seumur hidup (berkuat kuasa pada Jun 2016)

Peringatan kepada rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan ke negara-negara endemik

  • Dapatkan vaksinasi sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tarikh berlepas ke negara-negara endemik untuk perlindungan dari jangkitan
  • Bawa sijil vaksinasi antarabangsa semasa perjalanan untuk pemeriksaan kesihatan
  • Dapatkan vaksinasi Demam Kuning dari pusat vaksinasi yang sah di Malaysia
  • Lapor diri di Pejabat Kesihatan di pintu masuk setibanya di Malaysia untuk pemeriksaan kesihatan

Sumber: MyHealthGov

Scroll to Top