Selamat Datang Ke Klinik As-Salam.
Klinik As-Salam merupakan klinik swasta yang memulakan perkhidmatan dalam bidang kesihatan sejak Julai 2012 yang berpengkalan di Bandar Baru Bangi, Selangor.
Visi
“Berazam menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi, kos efektif dan holistik berasaskan misi.”

Misi
As-Salam
Amanah, Selesa, Sistematik, Akrab
Lancar, Aktif, Mesra

Setelah hampir sembilan tahun penubuhan Klinik As-Salam, pihak pengurusan telah berjaya membuka 11 cawangan antaranya ialah :-
- Bandar Baru Bangi, ( HQ )
- Seksyen 7, Bangi
- Indera Mahkota, Kuantan
- Lembah Keramat, Selangor
- Kota Kemuning, Selangor
- 24 Jam Semenyih, Selangor
- Kuala Kubu Bharu, Selangor
- Pekan Kerling, Selangor
- Bandar Jengka, Pahang
- Bandar Siber, Perak
- Bandar Meru Raya, Perak
Mei 2021 merupakan hari bersejarah bagi Klinik As-Salam kerana telah berjaya melebarkan sayapnya dengan membuka sebuah cawangan di Semenyih. Lokasi ini dipilih kerana populasi penduduk yang dianggarkan seramai 600,000 orang serta permintaan yang tinggi terhadap perkhidmatan dalam bidang kesihatan.
Klinik As-Salam diasaskan oleh Dr Azfar Bin Hussin yang berpengalaman hampir lebih 10 tahun dalam bidang perkhidmatan kesihatan. Klinik As-Salam 24 Jam Semenyih juga diurus tadbir oleh 15 orang staf klinikal dan 10 orang staf pengurusan. Berbekalkan kemahiran dan pengalaman, Klinik As-Salam bertekad dan komited untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkesan dan berdaya maju.
Di samping itu, pihak pengurusan Klinik As-Salam akan berusaha untuk mengembangkan lagi sayap dengan membuka beberapa cawangan di seluruh negeri dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Objektif
- Mewujudkan prasarana dan perkhidmatan profesional yang lengkap.
- Mengutamakan sikap mesra pelanggan dan ikhlas.
- Mengenakan caj rawatan yang berpatutan dan efektif.
- Bertekad menyediakan perkhidmatan yang terbaik.
- Menyediakan rawatan berkualiti dengan garis panduan perubatan terkini.