Selama saya melakukan prosedur sunat untuk lelaki dewasa di perkampungan orang asli, saya jumpa ramai lelaki Muslim dewasa yang terpaksa buat semula sunat (khatan), walaupun pernah bersunat cara kampung sewaktu mereka kanak-kanak.
Masalah kulup ini disebabkan, “sunat kampung” yang mereka lalui bukanlah sunat atau khatan yang dikira sah menurut hukum syarak dan perubatan, tetapi hanyalah seperti ritual yang dilakukan oleh imam kampung.
“Sunat kampung” yang mereka lalui hanyalah satu torehan kecil pada permukaan kulit zakar yang tidak langsung memotong kulit kulup yang menutup kepala zakar.
Oleh itu, akibat bersunat kampung ini sangat besar dari perspektif agama Islam, kerana menurut hukum syarak, sunat atau khatan yang sempurna mestilah kulit kulup yang menutup haruslah dibuang.
Apabila kulit zakar hanya ditoreh sahaja sewaktu sunat kampung, maka kulit kulup sebenarnya tidak dibuang. Ini akan menyebabkan hasil sunat kampung adalah sama sahaja seperti tidak bersunat.
Ia akan menyebabkan mereka tidak dapat bersuci dengan sempurna kerana masih ada air kencing yang bertakung di dalam kulit kulup. Oleh itu, ibadah yang dilakukan seperi solat, haji dan umrah mungkin tidak sah akibat tidak sempurna bersuci.
Dari segi perubatan pula, mereka yang bersunat kampung juga mempunyai risiko yang sama dengan mereka yang tidak bersunat. Mereka berisiko mendapat jangkitan kelamin, jangkitan pada kulit kulup dan kepala zakar, kesukaran untuk membersihkan smegma (palat/keputihan) di dalam kulup dan masalah bau yang tidak menyenangkan.
Oleh itu, adalah lebih baik untuk kita memilih untuk melakukan sunat atau khatan dengan cara yang kita yakin dan sah dari segi agama mahupun perubatan.
Bagi yang mahu mendaftarkan anak-anak atau pun sesiapa sahaja untuk bersunat atau berkhatan, boleh tempah dahulu slot anda.
Sebarang tempahan slot bersunat atau berkhatan:
https://kliniksalam.com/bm/perkhidmatan/berkhatan/
Maklumat lanjut mengenai Klinik As-Salam:
https://kliniksalam.com/