Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

VAKSIN UMRAH BERSAMA KLINIK AS-SALAM

Vaksin umrah bersama Klinik As-Salam.

.

Kebelakangan ni, kemampuan rakyat Malaysia untuk menunaikan umrah dan haji semakin meningkat. Kalau 10 tahun dulu jarang-jarang dapat kita dengar kawan atau saudara-mara kita akan ke Tanah Suci. Tapi sekarang, hampir setiap bulan kita akan dapat makluman yang kenalan kita akan pergi ke Tanah Suci.

.

Saya pun antara hambaNya yang berpeluang menjadi tetamu Nya. Kelmarin masa saya join kursus umrah, ustaz bagitahu setiap bakal jemaah kena ambil vaksin sebagai syarat untuk ke Tanah Suci.

.

Asalnya saya rasa vaksin adalah benda paling last yang akan saya settlekan. Sebab saya nak buat persiapan lain dulu. Tapi selepas ustaz bagitahu rupanya nak pergi Tanah Suci kena cucuk vaksin dulu sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pergi.

.

Saya ingatkan… esok lusa nak pergi baru kita cucuk. Rupanya kena awal supaya badan kita boleh terima dan bina antibodi. Sebelum makan tengahri pihak penganjur bagitahu, kat belakang ada booth Klinik As-Salam untuk yang nak cucuk vaksin.

.

Masa rehat terus saya pegi cucuk dulu. Senang, biar awal nanti tak kalut. Alhamdulillah sekejap je kena cucuk. Takde rasa apa pun. Staf Klinik As-Salam pun baik layan dan mesra. Selain cucuk kat sini, kitab oleh juga datang ke Klinik As-Salam dan cucuk kat klinik dia. Boleh walk-in je.

.

.

Untuk dapatkan vaksin umrah haji boleh datang ke Klinik As-Salam atau hubungi 03-9078 3030.

#klinikassalam #ertihiduppadamemberi #vaksin

Scroll to Top