Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

“Vaksin: Batalkah Puasa Saya?…”

Kurang dari dua minggu untuk kita nak menyambut hari kemenangan umat Islam, iaitu hari raya. Kita semua akan pulang ke kampung halaman, berjumpa dan berkumpul dengan ahli keluarga. Bertukar tajuk dan bertanya khabar. Tak sabarnya!!!

Tapi sebelum tu, kesihatan diri perlu diutamakan. Perlindungan diri yang menyeluruh itu jangan dilupakan. Nak kena ambil vaksin influenza dulu dengan seisi keluarga di Klinik As-Salam.

Mana tak nya, bila balik raya nanti, mesti akan berjumpa dengan ramai saudara mara dari pelbagai negeri.

Bila dah berkumpul, rumah pun akan penuh dengan orang.

Jadi dengan langkah berjaga-jaga, ambil terus vaksin influenza ni. Untuk keselamatan diri sendiri juga.

Eh, kalau nak ambil vaksin sekarang, batal ke puasa eh?

Ustaz cakap boleh batal puasa jika memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan? Kalau vaksin?

Menurut kenyataan Pejabat Mufti, vaksin tidak membatalkan puasa seseorang kerana ia tidak melalui rongga-rongga terbuka di badan kita.

Ia juga bukan sejenis makanan atau minuman yang memberi khasiat serta tidak mengenyangkan mereka yang lapar atau meredakan rasa haus.

Legaaa, boleh la ambil vaksin sebelum balik ke kampung.

Ambil di Klinik As-Salam je, dekat dengan rumah, proses semua berjalan dengan lancar.

Masa menunggu giliran pun sekejap je, terus dipanggil untuk masuk ke dalam bilik rawatan. Aircond, keadaan klinik, semua rasa sejuk aman tenang. Macam tunggu di lobby hotel 5 Star pula. Saing-saing itu dah Klinik As-Salam ni!

Kebaikan ambil vaksin influenza ni, risiko mendapat jangkitan flu yang teruk akan berkurang. Sistem imun akan menjadi lebih kuat. Ia juga dapat melindungi diri daripada sebarang jangkitan influenza.

Perlukan vaksin influenza juga macam saya?

Boleh terus walk in ke Klinik As-Salam.

Ada sebarang soalan dan tempahan slot, boleh whatsapp ke :

www.wasap.my/60127040969

Kredit Gambar: Astro Awani

Sebarang tempahan slot boleh ke:
https://book.kliniksalam.com/customer
.
Maklumat lanjut mengenai Klinik As-Salam:
https://kliniksalam.com/

#ertihiduppadamemberi#klinikassalam#vaksin

Scroll to Top