Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

Tips Nak dapat Gambar 3D4D Yang Cantik? 🤰🏼

Bila bercerita tentang scanning, semestinya ibu ayah teruja sebab nak tengok muka cahaya mata yang bakal lahir ke dunia nanti kan?
Jadi ada juga diantara kita yang mahukan gambar scan yang jelas, dan boleh lihat apa yang mereka sedang lakukan.
Tetapi, gambar 3D4D scan ni bergantung kepada pelbagai faktor.
.
1) Usia kandungan semasa scan dilakukan
Scan disarankan: semasa usia kandungan 26 minggu ke 33 minggu. Jika bayi besar 36 minggu ke atas, bayi dah padat jadi susah dapat imej yang jelas.
Bagi yang bawah 26 minggu, imej scan mungkin akan kurang jelas kerana bayi masih lagi kecil.
.
2) Jumlah air ketuban
Jika air ketuban sikit, akan susah mendapatkan imej scan yang jelas. Jangan risau, doktor akan bantu ukur jumlah air ketuban ibu sebelum melakukan scan.
.
3) Ketebalan dinding abdomen ibu
Ini seperti ibu seorang yang obese, dinding abdomen agak tebal, dan susah untuk mendapatkan imej scan yang jelas.
.
4) Kedudukan bayi
Ada bayi yang meniarap, tutup muka, tutup badan, tapi doktor atau sonographer akan cuba bantu supaya bayi duduk dalam posisi yang terbaik untuk scan dan mendapatkan imej.
.
5) Jenis mesin scan
Jika mesin scan itu lebih canggih dan up-to-date, imej scan yang dihasilkan juga akan lebih cantik dan jelas.
.
Kami di Klinik As-Salam sentiasa:
❤️Menggunakan mesin dan alatan yang terbaik dan terbaru di pasaran!
❤️Ruang menunggu yang selesa
❤️Doktor wanita yang lemah lembut
❤️Bilik scanning sangat tenang
.
Jom buat scan dengan Klinik As-Salam di semua cawangan kami!

Sebarang tempahan slot boleh ke:
https://book.kliniksalam.com/customer
.
Maklumat lanjut mengenai Klinik As-Salam:
https://kliniksalam.com/

#ertihiduppadamemberi #klinikassalam #ultrasonography

Scroll to Top