Ramai pasangan hanya mula memikirkan soal kesuburan apabila sudah lama mencuba tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Hakikatnya, saringan kesuburan (fertility screening) adalah langkah awal yang penting bagi mengenal pasti potensi masalah lebih awal dan meningkatkan peluang kehamilan.
Situasi Terkini di Malaysia
Menurut laporan Fertility Society of Malaysia (2022), dianggarkan 1 daripada 6 pasangan menghadapi masalah kesuburan, dan kadar ini semakin meningkat akibat faktor gaya hidup, usia perkahwinan yang lewat, serta masalah kesihatan seperti PCOS dan endometriosis.
Apa Itu Saringan Kesuburan?
Saringan kesuburan adalah gabungan ujian perubatan untuk lelaki dan wanita bagi menilai faktor yang mempengaruhi kehamilan, antaranya:
Bagi wanita
- Ujian hormon untuk menilai ovulasi.
- Imbasan ultrasound bagi mengesan keadaan rahim & ovari.
- Pemeriksaan tiub fallopio sama ada tersumbat atau tidak.
Bagi lelaki
- Analisis air mani untuk menilai kualiti & kuantiti sperma.
Ujian darah untuk hormon kesuburan.
Masalah Kesuburan Yang Lazim
- Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) ialah gangguan hormon yang mengganggu ovulasi.
- Endometriosis ialah tisu rahim tumbuh di luar rahim dan menyebabkan kesakitan serta kemandulan.
- Tiub fallopio tersumbat ialah menghalang persenyawaan sperma & ovum.
- Kualiti sperma rendah ialah faktor utama kemandulan lelaki.
Tanda-Tanda Anda Perlu Fertility Screening
- Sudah mencuba hamil lebih 12 bulan tetapi belum berjaya.
- Kitaran haid tidak teratur atau terlalu sakit.
- Sejarah keguguran berulang.
- Faktor usia (wanita berumur lebih 35 tahun).
- Lelaki dengan masalah kesihatan seperti diabetes atau obesiti.
Servis Fertility Screening di Klinik As-Salam
OSC menyediakan pakej saringan kesuburan menyeluruh untuk lelaki dan wanita, termasuk:
- Ujian darah & hormon.
- Imbasan ultrasound rahim & ovari.
- Analisis sperma lengkap.
- Konsultasi pakar perubatan untuk pelan rawatan lanjut.
Kenapa perlu buat di Klinik As-Salam?
- Doktor yang bertauliah.
- Ujian komprehensif dengan peralatan moden.
- Keputusan yang cepat & laporan jelas.
- Sokongan penuh termasuk kaunseling & rawatan susulan.
- Persekitaran mesra pasangan, selesa & privasi terjamin.