Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

“PERASAN TAK? SEBAB KAU LAH, ORANG LAIN KENA DEMAM KEPIALU”….

Apa Itu Demam Kepialu (Tifoid)?
Demam Tifiod adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi). Bakteria ini terdapat di dalam darah, urin dan najis pesakit dan juga najis pembawa. Pembawa adalah seorang yang mempunyai bakteria tifoid tetapi tidak mempunyai gejala demam tifoid. Mereka ini sukar dikesan dan sentiasa mengeluarkan bacteria tifoid di dalam najis dan seterusnya menjangkiti orang lain.
.
Seperti bulan Ramadan ini, ramai juga yang menjual pelbagai juadah berbuka di bazaar Ramadan.
Namun, andainya jika anda ialah pengendali makanan, sudahkah anda mendapatkan suntikan ini?
.
Ini ialah sebagai langkah anda untuk menjadi peniaga yang prihatin dengan menjaga kebersihan dan tahap keselamatan diri anda, pekerja dan juga kepada pelanggan anda.
.
Cara Demam Kepialu Merebak?
👉🏻Melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh najis manusia yang mengandungi bakteria Salmonella typhi.
👉🏻Melalui makanan dan minuman yang di sediakan oleh pesakit dan pembawa.
👉🏻Melalui hinggapan lalat yang membawa bakteria Salmonella typhi.
👉🏻Menggunakan bekalan air tidak bersih.
.
Langkah-langkah Kawalan Demam Kepialu oleh Pengendali Makanan:
✅Mengendalikan makanan mengikut tatacara pengendalian makanan selamat.
✅Menjaga kebersihan diri termasuk membasuh tangan sebelum menyediakan makanan dan selepas ke tandas.
✅Menggunakan tandas yang sanitari (bersih dan sempurna).
✅Sentiasa memastikan air minuman menggunakan air yang telah dididihkan atau boleh menggunakan air minuman berbungkus.
.
Bagi pengendali makanan, sudahkah pekerja anda mendapatkan suntikan tifoid?
Jika belum, boleh lakukannya di Klinik As-Salam yang berdekatan dengan anda! 🤗
Jangan ragu-ragu! Serahkan kepada Klinik As-Salam sahaja!
.
Sebarang tempahan slot boleh ke:
https://book.kliniksalam.com/customer
.
Maklumat lanjut mengenai Klinik As-Salam:
https://kliniksalam.com/

#ertihiduppadamemberi #klinikassalam #tifoid

Scroll to Top