Di Malaysia, kita sering dengar istilah “penyakit 3 serangkai”. Tapi…
Apa sebenarnya penyakit 3 serangkai ini? Dan kenapa ia dianggap pembunuh
senyap?
❓Apa Itu Penyakit 3 Serangkai?
Penyakit 3 serangkai merujuk kepada tiga penyakit kronik utama yang sering berlaku
serentak, iaitu:
1. Darah tinggi (Hipertensi)
2. Kencing manis (Diabetes Mellitus)
3. Kolesterol tinggi (Hiperlipidemia)
Ketiga-tiga penyakit ini saling berkait dan boleh mencetuskan komplikasi serius seperti serangan jantung, strok, kegagalan buah pinggang, dan kerosakan saraf.
📊 Statistik Terkini di Malaysia
Menurut National Health and Morbidity Survey (NHMS):
● 1 daripada 3 rakyat dewasa menghidap darah tinggi
● Lebih 3.9 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes
● Hampir separuh daripada orang dewasa mempunyai kolesterol tinggi
Yang lebih membimbangkan… ramai tidak tahu mereka menghidap penyakit ini!
⚠️ Kenapa Ia Digelar “Pembunuh Senyap”?
Kerana penyakit-penyakit ini tidak menunjukkan simptom pada peringkat awal. Anda mungkin rasa sihat, tetapi dalam diam, organ dalaman anda sedang terjejas.
Contohnya:
● Darah tinggi boleh merosakkan jantung dan buah pinggang tanpa disedari
● Diabetes boleh mengakibatkan luka lambat sembuh, masalah penglihatan, atau kegagalan buah pinggang
● Kolesterol tinggi menyumbat saluran darah dan sekaligus menyebabkan serangan jantung
🧪 Simptom Umum (yang Selalu Diabaikan):
● Sakit kepala yang kerap
● Kerap rasa dahaga dan kencing (terutama waktu malam)
● Keletihan luar biasa
● Pandangan kabur
● Berat badan turun tanpa sebab
● Kebas kaki dan tangan
🩺 Bagaimana Mengurus & Mencegah Penyakit 3 Serangkai?
1. Saringan Kesihatan Berkala
👉 Ujian darah, tekanan darah, gula, kolesterol, fungsi buah pinggang & hati
2. Kawal Pemakanan
👉 Kurangkan gula, garam, lemak tepu
👉 Lebihkan sayur, buah, protein tanpa lemak
3. Aktif Secara Fizikal
👉 Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit, 5 kali seminggu
4. Kurangkan Stres & Tidur Cukup
👉 Tidur 6-8 jam sehari dan amalkan teknik relaksasi
5. Berhenti Merokok & Alkohol
💬 Dapatkan Saringan Kesihatan Hari Ini di Klinik As-Salam
Di Klinik As-Salam, kami menawarkan Pakej Pemeriksaan Kesihatan Lengkap untuk
membantu anda mengenalpasti risiko penyakit 3 serangkai sebelum ia menjadi parah.
✅ 30, 40 & 50 Ujian darah & air kencing
✅ Konsultasi dengan doktor
✅PERCUMA hbA1c
YAKIN KE KITA NI MEMANG SIHAT?
Penyakit 3 serangkai boleh dicegah dan dikawal tetapi anda perlu bertindak awal.
📞 Hubungi kami: 03-9078 3030 / 012-414 0969
🌐 www.kliniksalam.com
📍 Kunjungi Klinik As-Salam berhampiran anda