Bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh umat islam. Walaubagaimanapun, pesakit diabetes atau mereka yang mempunyai masalah gula darah tidak stabil, memerlukan perancangan dan pemantauan yang lebih rapi
Siapa yang perlu berhati-hati?
Golongan ini perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum berpuasa
– Pesakit diabetes jenis 1
– Pesakit diabetes jenis 2 yang mengambil insulin
– Ibu mengandung yang mempunyai diabetes
– Warga emas dengan penyakit kronik
Golongan ini amat digalakkan untuk mendapatkan pemeriksaan awal dengan doktor
Bila waktu yang terbaik untuk periksa gula darah?
Ujian gula darah menggunakan glucometer TIDAK membatalkan puasa, jadi waktu yang sesuai adalah:
– Sebelum sahur
– Tengah hari (jika rasa lemah atau pening)
– Sebelum berbuka
– 2 jam selepas berbuka
Jangan ubah dos atau waktu pengambilan ubat tanpa berbincang dengan doktor. Sesetengah ubat perlu disesuaikan waktunya ketika Ramadhan.
Jika anda mempunyai diabetes atau bacaan gula tidak stabil, segera lakukan pemeriksaan kesihatan sebelum Ramadhan bermula.
Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.kliniksalam.com