PCOS atau Polycystic Ovary Syndrome adalah satu penyakit yang dihadapi oleh wanita dimana melibatkan gangguan hormon dan cara metabolisme berfungsi dalam badan. PCOS ini boleh menyebabkan masalah kitaran haid, kesuburan, fungsi jantung dan paras rupa.
Apa hubungan PCOS dan masalah berat badan?
Ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan penambahan berat badan yang ketara dan badan akan menghasilkan insulin tetapi sel tidak menggunakannya dengan baik. Oleh sebab itu, berat badan naik lebih cepat dan susah turun
Kesan Berat Badan Berlebihan Pada PCOS
– Memburukkan simptom PCOS
– Menyebabkan haid makin tidak teratur
– Meningkatkan risiko diabetes & darah tinggi
– Menyukarkan usaha untuk hamil
Apa perlu dilakukan untuk turun berat badan bagi pesakit PCOS?
– Mengamalkan diet rendah karbohidrat
– Bersenam dahulu sebelum makan
– Fokus pada serat sebagai cara rawat PCOS
– Kurangkan gula dalam makanan
PCOS dan masalah berat badan sememangnya saling berkait dan bukan berpunca daripada kurang usaha semata-mata. Ketidakseimbangan hormon dan gangguan metabolisme menjadikan proses penurunan berat badan lebih mencabar bagi pesakit PCOS.
Jika anda mengalami masalah dalam penurunan berat badan walaupun dan cuba pelbagai cara, dapatkan dahulu pemeriksaan dan nasihat doktor bagi menentukan rawatan yang sesuai dan tepat.
Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.kliniksalam.com