Kadang kala, ibu bapa mungkin kurang tahu tentang pantang larang selepas anak berkhatan. Jadi luka selepas berkhatan akan lambat sembuh. Namun, kebanyakan pantang-larang yang diikuti sebenarnya mitos turun-temurun dan bukan fakta perubatan.
Jadi, ini adalah beberapa mitos yang selalu dipercayai selepas anak berkhatan:
1. “Tak boleh makan telur, nanti luka jadi gatal”
– Telur tidak menyebabkan kegatalan dan tidak melambatkan penyembuhan. Namun telur mengandungi protein yang membantu mempercepatkan lagi proses pemulihan luka bersunat.
2. “Ikan menyebabkan luka bernanah atau ‘berair’”
– Ikan seperti salmon, kembung atau tenggiri kaya dengan Omega-3 yang membantu mengurangkan keradangan dan mempercepat penyembuhan. Ikan yang perlu dielakkan ialah ikan yang tidak segar dan ikan yang menyebabkan alergi
3. “Seafood boleh buat luka jadi teruk”
– Tidak semua seafood perlu dielakkan. Mungkin sesetengah kanak-kanak mungkin ada alergi kepada udang, sotong dan ketam, tetapi jika tiada alergi, seafood tidak akan menyebabkan luka jadi teruk
4. “Tak boleh makan kicap, nanti naik parut hitam.”
– Mitos lama yang tidak disokong kajian. Parut hitam sebenarnya bukan datang daripada kicap tapi disebabkan genetik kulit, keradangan kuar, jangkitan luka dan garu atau geseran
Jadi, apa makanan yang terbaik semasa berkhatan?
Untuk sembuh dengan cepat, fokus pada makanan yang
– Tinggi protein (Ayam, Ikan)
– Tinggi vitamin C (Buah Oren, Brokoli)
– Mengurangkan Keradangan (Avocado, Sayuran Hijau)
Sebahagian besar pantang makanan selepas berkhatan sebenarnya mitos yang turun-temurun dan yang paling penting ialah
– Pastikan luka bersih
– Ikut arahan penjagaan doktor
– Beri makanan berkhasiat
– Elakkan makanan yang anak alergi
Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.kliniksalam.com