Masalah Berat Badan: Bila Perlu Berjumpa Dengan Doktor?

Mesti ramai menganggap bahawa berat badan hanya berkait dengan pemakanan dan senaman tetapi tidak mengetahui punca lain yang menyumbang kepada masalah berat badan ini. Masalah ini bukan sekadar isu disiplin seseorang, ia juga boleh disebabkan hormon, metabolisme, ubat-ubatan dan masalah kesihatan yang tidak kita ketahui.

Jadi, bila sebenarnya masa yang sesuai untuk berjumpa dengan doktor?

1. Bila berat badan tidak turun walaupun sudah jaga pemakanan dan bersenam
2. Bila berat badan naik dengan cepat tanpa sebab yang jelas
3. Bila BMI sudah berada dalam kategori overweight atau obesiti
4. Bila lemak banyak tertumpu di bahagian perut
5. Bila ingin menurunkan berat badan dengan cara yang selamat dan berkesan

Walaubagaimanapun, ada situasi di mana perubahan berat badan berlaku tanpa sebab yang jelas walaupun gaya hidup tidak banyak berubah, termasuklah:

Tiroid yang aktif – boleh menyebabkan pembakaran kalori lebih banyak, menjadikan berat badan turun atau naik secara mendadak.
Kemurungan – boleh menjejaskan selera makan, ada yang makan terlalu sedikit atau terlalu banyak.
Penyakit radang usus – mengurangkan keupayaan tubuh untuk menyerap nutrien dan menyebabkan cirit-birit, yang mempengaruhi berat badan.

Apa Yang Akan Dinilai Apabila Berjumpa Doktor?

Doktor akan menilai seseorang itu secara menyeluruh, termasuk:

– Gaya hidup dan tahap aktiviti fizikal
– Corak pemakanan harian
– Sejarah kesihatan dan ubat yang diambil
– Faktor dalaman seperti hormon dan metabolisme

Daripada penilaian ini, doktor akan merancang pelan penurunan berat badan yang selamat dan sesuai dengan keadaan tubuh, bukan sekadar ikut diet trend.

💡 Jangan tunggu sehingga berat badan memberi kesan serius kepada kesihatan anda.
Jumpa doktor hari ini untuk mendapatkan penilaian menyeluruh dan pelan penurunan berat badan yang selamat dan berkesan.

📞 Jom tempah sesi konsultasi dengan doktor kami sekarang dan ambil langkah pertama ke arah tubuh yang lebih sihat!

Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.kliniksalam.com

Scroll to Top