Manfaat Puasa Kepada Tubuh Badan dan Kesihatan

Setiap kali tiba bulan Ramadan, ramai yang menganggap puasa sekadar menahan lapar dan dahaga. Namun dari sudut perubatan, puasa sebenarnya boleh memberi kesan positif kepada kesihatan dan membantu memperbaiki fungsi tubuh badan secara menyeluruh.

 

Jadi, apakah manfaat yang boleh diperoleh daripada berpuasa?

 

1. Membantu Proses Detoksifikasi Semula Jadi
Betul ke berpuasa boleh membantu proses detoks badan? Jawapannya, YA jika dilakukan dengan cara yang betul. Apabila tubuh badan tidak menerima makanan dalam tempoh tertentu, sistem pencernaan diberi peluang untuk berehat. Badan akan mula menggunakan simpanan tenaga sedia ada, termasuk simpanan lemak, sebagai sumber tenaga.

 

2. Menyokong Kesihatan Jantung
Puasa juga memberi manfaat kepada kesihatan jantung apabila disertai dengan pemakanan yang seimbang. Puasa juga boleh membantu:
– Mengurangkan paras kolestrol jahat
– Mengawal tekanan darah

 

Apabila pengambilan makanan lebih terkawal dan kurang makanan tinggi gula serta lemak tepu, risiko penyakit jantung dapat dikurangkan.

 

3. Membantu Pengurusan Berat Badan (Weight Management)

– Puasa boleh membantu untuk turun berat badan jika dilakukan dengan badan. Manfaatnya termasuk mangawal pengambilan kalori, mengurangkan snek berlebihan dan membantu kawalan selera makan. Tapi yang paling penting, pemilihan makanan seimbang ketika sahur dan berbuka haruslah seimbang

 

Jadi, puasa bukan sahaja memberi ganjaran spiritual, tetapi juga manfaat kesihatan yang besar jika dilakukan dengan baik. Jangan lupa, pemakanan kesihatan dan gaya hidup sihat juga memainkan peranan kepada kesihatan yang lebih baik

 

Ingin memastikan tubuh badan anda sihat sepanjang Ramadan?

Dapatkan pemeriksaan kesihatan dan konsultasi bersama doktor kami untuk nasihat yang sesuai dengan keadaan kesihatan anda.

Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.kliniksalam.com

Scroll to Top