Ibu ayah nak bawa anak untuk suntikan imunisasi, tapi masih keliru vaksin apa yang perlu diambil? Ramai yang tak sedar, tanpa imunisasi lengkap, anak lebih berisiko dijangkiti penyakit berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan mereka.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), setiap bayi di Malaysia perlu mendapat vaksin tertentu sejak lahir hingga usia remaja. Vaksin bukan sahaja melindungi anak anda, malah mengurangkan risko wabak dalam kalangan masyarakat – satu konsep yang dipanggil “heard immunity”
Apa itu vaksinasi?
Menurut KKM, vaksin adalah suatu persediaan biologi yang menyediakan pelalian aktif untuk penyakit tertentu seperti difteria, rubella, measles(campak), mumps (beguk,) dan cacar air.
Vaksin juga boleh diberikan melalui
Suntikan – vaksin MMR (Measles, Mumps, Rubella)
Oral – vaksin Rotavirus.
Senarai vaksin tambahan untuk kanak-kanak:
1. Pnuemococcal – Cegah jangkitan saluran penafasan yang seruis
2. Influenza – Cegah jangkitan selesema, demam tinggi atau radang paru-paru
3. Chicken Pox – Lindungi daripada cacar air
4. Rotavirus – Lindungi daripada cirit-birit yang teruk
5. Meningokokus – Cegah jangkitan otak dan saraf tunjuang
Mengapa penting untuk anak?
– Perlindungan daripada penyakit berbahaya
– Membantu menjimatkan kos rawatan penyakit
– Melindungi nyawa orang lain
– Melindungi generasi baharu akan datang
Customer Careline Klinik As-Salam
Selamat sejahtera, saya dari website kliniksalam.com ingin membuat pertanyaan...
WhatsApp Us Now
🟢 Klinik As-Salam are online | privacy policy
Pertanyaan ke Careline