Di bawah Program Saringan Kesihatan (HSP) 3.0, PERKESO menawarkan saringan kesihatan secara PERCUMA kepada semua pekerja yang mempunyai caruman PERKESO dan berumur 40 tahun ke atas. Pemeriksaan kesihatan kali ini turut ditawarkan kepada mereka yang PERNAH membuat HSP sebelum ini.
Apa yang menariknya adalah program HSP kali ini telah ditambah baik dengan menambah kepelbagaian untuk jenis pemeriksaan makmal dan pemeriksaan kesihatan. Ambil peluang ni untuk ketahui tahap kesihatan diri anda. Semakin lama usia semakin meningkat dan risiko untuk menghidap penyakit pun bertambah.
Macam mana nak memohon?
Muat turun aplikasi SEHATI melalui telefon bimbit anda. Selepas mendaftar semak kelayakan anda. Sekiranya anda layak, tetapkan temujanji melalui aplikasi SEHATI dengan memilih KLINIK AS-SALAM sebagai klinik panel.
Kenapa perlu pilih Klinik As-Salam?
Doktor dan staf yang berpengalaman dan ramah dalam menyantuni anda. Selain itu, Klinik As-Salam mempunya ruang yang luas, selesa dan mesra OKU.
Download APLIKASI melalui Google Play Store atau Appale Store dan manfaatkan peluang kedua ini dengan jalani saringan pemeriksaan kesihatan (HSP) 3.0 di Klinik As-Salam. Mencegah lebih baik dari mengubati, paling penting ia PERCUMA!!!
#klinikassalam #ertihiduppadamemberi #hsp3.0