Kanser Usus: Pembunuh Dalam Diam yang Ramai Tak Sedar

Tahukah anda?
Kanser usus kini menjadi antara 3 jenis kanser paling tinggi dalam kalangan rakyat
Malaysia terutamanya kaum lelaki.
Namun begitu, ramai yang tidak menyedari mereka menghidap penyakit ini sehingga
sudah memasuki tahap yang serius.

Apa Itu Kanser Usus?
Kanser usus (juga dikenali sebagai kanser kolorektal) berlaku apabila sel-sel tidak normal membiak secara tidak terkawal di bahagian usus besar (kolon) atau rektum. Ia biasanya bermula sebagai polip kecil, yang mungkin tidak berbahaya pada awalnya tetapi boleh berkembang menjadi kanser jika tidak dikesan awal.

Siapa Berisiko Tinggi?
Anda mungkin berisiko tinggi jika:
Umur 50 tahun ke atas
● Ada sejarah keluarga yang menghidap kanser usus
● Mengalami masalah sembelit kronik atau perubahan tabiat membuang air besar
● Pengambilan makanan tinggi lemak & rendah serat
● Kurang aktif secara fizikal
● Merokok atau kerap mengambil alkohol

Simptom-Simptom Awal (Tapi Ramai Abaikan):
❗ Pendarahan semasa buang air besar 
❗ Najis bercampur darah atau warna gelap
❗ Perubahan tabiat membuang air besar – sembelit atau cirit-birit berpanjangan
❗ Sakit perut, kembung atau rasa tak lawas
❗ Berat badan menurun tanpa sebab
❗ Keletihan luar biasa

Masalahnya: Ramai anggap ini sebagai masalah biasa usus. Jangan tunggu sampai terlambat! 

Statistik Malaysia Menurut data daripada National Cancer Registry Malaysia:
Kanser kolorektal adalah kanser paling tinggi dalam kalangan lelaki di Malaysia.
● Lebih 60% kes dikesan pada tahap lewat (Stage 3 atau 4).
● Namun, jika dikesan awal peluang untuk sembuh sangat tinggi (lebih 90%!).

Bila Perlu Buat Saringan?
✔️ Anda berumur 50 tahun ke atas
✔️ Ada simptom seperti di atas
✔️ Mempunyai sejarah keluarga dengan kanser
✔️ Mahu buat pemeriksaan awal walaupun tiada simptom

Lebih awal anda bertindak, lebih tinggi peluang untuk pulih sepenuhnya. 

Dapatkan Saringan Kesihatan Hari Ini di Klinik As-Salam
Di Klinik As-Salam, kami menawarkan Pakej Pemeriksaan Kesihatan Lengkap untuk
membantu anda mengenalpasti risiko kanser kolorektal sebelum ia menjadi parah.
✅ Lebih 30 Ujian darah & air kencing
✅ Konsultasi dengan doktor
✅PERCUMA hbA1c

Untuk pertanyaan atau temujanji:
📞 03-9078 3030 / 012-414 0969
🌐 www.kliniksalam.com
📍 Lokasi Klinik As-Salam berhampiran anda

Scroll to Top