Autisme hidup dalam dunianya sendiri?
Istilah ‘autisme’ berasal daripada perkataan ‘autos’ bermaksud ‘diri sendiri’. Manakala, ‘-isme’ bermaksud satu aliran. Autisme merujuk kepada seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri. Ia memberi kesan kepada tiga komponen iaitu sosial, komunikasi dan tingkahlaku.
Justeru itu, kanak-kanak autisme mengalami masalah:
Pertuturan
Emosi
Pemikiran
Pola bermain
Apakah masalah bahasa dan komunikasi kanak-kanak autisme?
Kanak-kanak autisme kebiasaannya lambat bertutur jika dibandingkan dengan rakan sebaya mereka. Perkembangan bahasa kanak-kanak autisme adalah berbeza bagi setiap individu. Ia bergantung kepada tahap keterukan ciri-ciri autisme kanak-kanak tersebut sama ada tahap ringan atau teruk.
Antara masalah perkembangan bahasa kanak-kanak autisme ialah: Tidak boleh bertutur
Hanya mengeluarkan bunyi sahaja seperti bunyi vokal /a/ atau menjerit.
Mampu bertutur tetapi tidak difahami (jargon).
Manakala, masalah bahasa bagi kanak-kanak autisme yang bertutur ialah:
❗ Perkataan yang dilafazkan kadangkala tidak mempunyai makna dan tidak difahami.
❗ Sukar diajak berbual kerana tiada tumpuan dan kontek mata.
❗ Kadangkala dapat menuturkan sesuatu tetapi seketika sahaja.
❗ Perkataan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan/konteks perbualan.
❗ Dapat meniru ayat atau menyanyi tanpa mengerti maksudnya.
❗ Ekolalia iaitu mengulang perkataan-perkataan yang dituturkan oleh orang lain.
Jika anda risau anak anda menunjukkan ciri-ciri di atas, anda perlu mendapatkan rawatan daripada pakar dengan segera. Anda boleh :
Boleh datang ke Klinik As-Salam Kajang dan berjumpa Pakar Kanak-Kanak
Kemusykilan dan persoalan boleh hubungi kami di
Konsultasi dan cadangan rawatan oleh doktor pakar
Sebarang persoalan atau pertanyaan tentang perkembangan si manja dan autisme boleh hubungi nombor yang tertera di bawah atau klik link whatsapp:
012-4140969
Website
www.kliniksalam.com
#autism #anakautisme #ertihiduppadamemberi #klinikassalam #klinikpakarassalam #autistik #anakkuatmenggigit