Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

DI HARI RAYA AKU TELAH DISAHKAN KENA KENCING MANIS

Habis ramadhan amat menggembirakan aku sebab takde lagi kena tahan lapar. Aku bebas nak makan apa saje pada bila-bila masa. Hari raya memang yang paling best, waktu ni la aku dapat makan menu-menu raya yang hanya dapat aku makan setahun sekali.

.

Aku memang seorang foodhunter, aku memang suka aktiviti makan-makan ni. Jadi dah habis puasa ni, ni la time untuk lepaskan geram. Tapi bulan puasa pun, siang je puasa… Malam memang aku makan takde had. Cuma aku kebelakangan ni memang rasa pelik sikit. Aku kerap kencing sampai aku pun rasa penat nak pegi tandas.

Lepas tu aku selalu rasa haus. Kejap-kejap nak minum. Minum pulak rasa nak minum air manis je. Selain tu, aku juga selalu rasa lapar. Padahal baru je lepas makan ni, rasa nak makan lagi,

Aku juga selalu cepat penat, cepat mengah. Baru jalan beberapa langkah dah tercungap-cungap nak duduk dan berpeluh. Dah jadi macam ni (penat, lapar & haus), aku akan mudah nak naik hangin. Macam harimau dalam national geographic tu.

.

Masa raya aku memang makan betul-betul bila pergi rumah orang dan open house. Sampailah satu hari tu, masa aku bangun pagi nak bersiap pergi beraya aku rasa kebas-kebas tangan dan kaki. Aku bagitahu kawan aku, aku tak dapat join diorang pergi raya sebab keadaaan aku ni. Kawan aku pesan supaya aku pergi cek klinik.

.

Aku pun pergi Klinik As-Salam dan doktor periksa darah aku. Lepas doktor dah cek, aku didapati menghidap kencing manis. Sedih aku dengar, sebab aku rasa macam ok je. Tahu-tahu kena kencing manis…. Betul la kata orang, kencing manis ni datang tanpa kita sedar. Kalau aku tahu… Awal-awal lagi aku dah buat pemeriksaan kesihatan kat klinik secara berkala.

.

.

Pastikan anda membuat saringan kesihatan dan anda boleh lakukannya di Klinik As-Salam. Anda boleh book appoinment di https://book.kliniksalam.com/customer

Boleh juga hubungi 03-9078 3030 untuk info lanjut.

#klinikassalam #ertihiduppadamemberi #diabetis

Scroll to Top