Hari raya merupakan masa yang paling dinanti-nantikan untuk berkumpul bersama keluarga dan menikmati pelbagai hidangan tradisional seperti ketupat. rendang dan kuih-muih. Namun, pengambilan makanan juga perlu dikawal supaya tidak memberi kesan pada kesihatan kita. Termasuklah kenaikan berat badan, masalah penghadaman dan peningkatan paras gula dalam darah.
Oleh itu, penting untuk kita tahu cara nak kawal pemakanan supaya dapat menikmati juadah tanpa menjejaskan kesihatan
1. Ambil Makanan Dalam Kuantiti Sederhana
Anda tak perlu tolak pelawaan tuan rumah, tetapi anda boleh makan dalam jumlah yang sedikit untuk merasai makanan yang dihidang. Contohnya, sebiji ketupat dan setengah senduk kuah kacang, Kalori pun rendah, perut pun terjaga
2. Hadkan pengambilan kuih raya
Kuih raya biasanya mengandungi gula dan lemak yang tinggi. Jika ambil berlebihan, boleh menyebabkan berat badan naik dan gula naik juga
3. Utamakan Air Kosong
Minuman manis seperi air sirap, air berkarbonat sering menjadi pilihan ketika hari raya, tetapi air kosong boleh bantu untuk kekalkan badan kita kekalkan hidrasi dan kawal selera makan kita
4. Kekalkan aktiviti fizikal
Walaupun sibuk beraya, kekal aktif juga penting untuk membakar kalori yang berlebihan diambil ketika beraya. Contohnya seperti berjalan kaki atau melakukan senaman ringan
Jadi, walaupun Hari Raya merupakan waktu untuk menikmati makanan bersama keluarga dan sahabat, pengambilan makanan juga haruslah dijaga juga supaya tidak jejaskan kesihatan
Jika anda mengalami masalah seperti sakit perut, demam, masalah gula dan yang paling ketara ialah kenaikan berat badan, boleh dapatkan pemeriksaan dan nasihat di Klinik As-Salam. Di Klinik As-Salam, anda juga boleh mulakan perjalanan penurunan berat badan dengan doktor kami yang berpengalaman.
Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.kliniksalam.com