Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

BERITA MALAM INI : BATUK KOKOL MULA MEREBAK!!! SILA BACA DEMI KESELAMATAN ANDA

Malam ni berita di tv ada bagitahu bahawa batuk kokol sekarang dah mula merebak!!! Sila berhati-hati ye tuan/puan terutama di musim raya ni. Ini kerana batuk kokol amat mudah tersebar macam covid juga bila berada di tempat yang ramai orang.

.

Ia tersebar melalui cecair pernafasan pesakit yang dijangkiti semasa mereka batuk, bersin atau pun bercakap. Ia juga boleh menjangkiti kita sekiranya kita menyentuh permukaan yang tercemar.

Jadi langkah pencegahan kendiri perlu diambil oleh kita dengan :

  1. Tidak berada di tempat yang sesak dan ramai orang
  2. Memakai pelitup muka
  3. Pastikan tangan sentiasa bersih dan dicuci selalu

Awasi anak dan bayi anda kerana batuk kokol amat mudah menjangkiti kanak-kanak dan bayi. Pastikan bayi anda telah divaksin mengikut Jadual Program Imunisasi Kebangsaan oleh KKM.

Untuk vaksin bayi, anda boleh dapatkannya di Klinik As-Salam.

Hubungi 03-9078 3030 untuk sebarang pertanyaan.

#klinikassalam #ertihiduppadamemberi #vaksin

Scroll to Top