Apabila tuan puan di tanah suci, risiko untuk mendapat penyakit itu lebih tinggi
Risiko untuk mendapat penyakit itu lebih tinggi , sebagai contoh jika tuan puan merokok, tuan puan akan terdedah untuk mendapat strok dan serangan jantung.
Baca artikel ini sampai habis untuk mengetahui persiapan buat para bakal jemaah haji dari sudut :
Spiritual
Mental
Fizikal
Apakah persediaan dari sudut spiritual yang boleh di lakukan oleh jemaah haji?
Dari sudut spiritual :
Dapatkan ilmu dan info yang sahih tentang amalan dan kerja haji seperti contoh dari kursus haji.
Ambil tahu tentang maklumat seperti cuaca , keadaan dan tempat di tanah suci supaya anda dapat membayangkan keadaan untuk mengerjakan ibadat di sana nanti.
Apakah persediaan dari sudut mental yang boleh di lakukan oleh jemaah haji?
Dari sudut Mental :
Mula dan amalkan dengan ‘positif thinking’ atau berfikir perkara-perkara yang positif dan baik-baik sahaja.
Ambil tahu cara untuk mengawal dan menghilangkan stress
Dapatkan latih dan amalkan cara tidur yang baik
Perkara diatas perlukan persiapan dan latihan kerana di tanah suci nanti amat mencabar sebab banyak perkara yang bakal mendatangkan cabaran atau dugaan kepada mental jemaah.
Apakah persediaan dari sudut fizikal yang boleh di lakukan oleh jemaah haji?
Dari sudut fizikal :
Dapatkan pemakanan yang terbaik dan halal, pemakanan yang optimum dari sudut gizi dan nutrisi ; kerana apabila sampai di sana, pemakanan & menu berkemungkinan akan menjadi tidak menentu.
🍛 Jika perlukan penambahan dari sudut makanan tambahan (multivitamin), tuan atau puan boleh sediakan dari sebelum berangkat ke tanah suci.
🍛 Hidrasi , dapatkan air secukupnya ;
Sediakan bekas air tersendiri, biasakan dengan minum air di Malaysia tetapi jika anda mempunyai penyakit seperti buah pinggang atau penyakit yang tidak boleh minum berlebihan air, bolehlah berbincang dengan doktor anda atau datang ke Klinik As-Salam dan berjumpa dengan doktor kami yang bertauliah dan mempunyai kelayakkan dari Tabung Haji.
Persiapan dari sudut fitness sangat penting kerana seluruh amalan , pekerjaan dan syarat haji itu menuntut fizikal
Doktor kami menyarankan untuk mempertingkatkan kecergasan sedikit demi sedikit menjelang haji. Persediaaan kecergasan bermula berbulan-bulan sebelum musim haji menjelang. Anda boleh bermula dengan berjalan, kemdian berlari asalkan dari sudut kardiofitness itu ada penambahbaikkan.
Kos ubatan yang mahal
Klinik As-Salam adalah panel klinik berdaftar dengan Tabung Haji bagi pemeriksaan bakal haji sejak 2012.