Banjir Bukan Sekadar Air, Ketahui Risiko Kesihatan Anda

Bencana banjir banyak kesan buruk bukan sahaja merosakkan harta benda tetapi juga meningkatkan risiko kesihatan. Kekerapan dilanda banjir membuatkan tahap kewaspadaan terhadap penyakit bawaan air semakin berkurangan.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Dr. Misliza Ahmad berkata, banjir bukan sekadar bencana fizikal, malah turut membawa implikasi kesihatan yang serius kepada komuniti.

Penyakit Yang Sering Berlaku Semasa Musim Banjir
1. Penyakit Kulit – Air banjir yang tercemar boleh menyebabkan kurap, kudis atau luka bernanah.
2. Leptospirosis (Penyakit Tikus) – Bakteria Leptospira dalam air banjir tercemar air kencing tikus boleh menyebabkan demam, sakit otot dan muntah.
3. Cirit-birit dan Muntah-muntah – Disebabkan pencemaran air dan makanan, jangkitan gastrointestinal kerap berlaku.
4. Penyakit Vektor (Nyamuk) – Air bertakung selepas banjir menjadi tempat pembiakan nyamuk, meningkatkan risiko demam denggi, chikungunya dan Zika.

Cara mencegah penyakit semasa & selepas banjir
✅ Pakai kasut atau pelindung kaki ketika melalui kawasan banjir
✅ Basuh tangan dengan sabun selepas terdedah air banjir
✅ Elak makan makanan yanng terkena air banjir
✅ Awasi gejala penyakit seperti demam, cirit-birit, dan muntah-muntah

Banjir membawa lebih daripada kerosokan harta, ia juga boleh mengancam kesihatan kita, Jadi dengan langkah pencegahan yang betul, risiko penyakit dapat dikurangkan. Jika anda menghadapi situasi banjir ini dan rasa tidak sihat segera dapatkan rawatan.

Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.kliniksalam.com

Scroll to Top