Ramai berfikiran bahawa obesiti adalah masalah bera badan naik semata-mata. Hakikatnya, obesiti ialah satu penyakit yang memberi kesan besar terhadap kesihatan fizikal, mental malah kualiti hidup seseorang.
Apa itu Obesiti?
Obesiti adalah satu keadaan dimana pengumpulan lemak yang terlalu banyak dalam badan yang boleh meninggalkan kesan negatif kepada tubuh badan. Ia biasanya dinilai daripada BMI (Body Mass Index), namun penilaian menyeluruh tidak bergantung pada satu ukuran sahaja. Jika BMI anda antara 25 ke 29, anda mungkin dalam kategori berat badan berlebihan.
Risiko Kesihatan Akibat Obesiti
Obesiti meningkat risiko pelbagai penyakit kronik, antaranya:
– Kencing manis
– Tekanan darah tinggi
– Penyakit buah pinggang
– Kolestrol tinggi
Kenapa Obesiti dianggap penyakit, bukan sekadar isu berat badan?
– Ia boleh menjejaskan fungsi tubuh badan
– Ia meningkatkan risiko penyakit
– Ia boleh berlaku walaupun seseorang tidak makan berlebihan (genetik, hormon, stres)
– Ia memerlukan rawatan berstruktur (penyakit kronik)
Obesiti bukan sekadar isu penampilan atau angka di penimbang, tetapi satu keadaan kesihatan yang perlu diambil serius. Jika anda berdepan masalah berat badan atau mempunyai risiko kesihatan berkaitan obesiti, dapatkan nasihat serta pemantauan doktor lebih awal bagi mengesan dan mengurangkan risiko penyakit yang lebih berbahaya.
Ingin turunkan berat badan dengan cara betul dan selamat?
Boleh mulakan dengan Weight Management Clinic di Klinik As-Salam
Untuk maklumat lanjut:
03-9078 3030 | 012-414 0969
www.kliniksalam.com