Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

5 Perangai Pelik Ibu Mengandung!

‘Saya perasan, masa wife saya mengandung, kadang ada perkara pelik atau luar biasa masa tu. Bagi dia mungkin normal tapi sedikit pelik untuk kita’ – En. Syed

.

Iya betul sangat, segenlintir ibu mengandung ni, ada kala dan masanya, ada perkara pelik mereka. Bagi pasangan yang bakal menempuh alam keibubapaan, jom kita survey sikit apakah perkara pelik yang sering terjadi?

.

1) ‘Bau apa tu?’ 🥴

Semasa trimester pertama, ibu mengandung ni lebih sensitif terhadap bau. Tetapi akan bertambah baik selepas trimester pertama.

.

2) Hidung selalu berair 🤧

Ianya adalah perkara normal di mana wanita semasa hamil akan mengalami hidung tersumbat tanpa sebarang alahan atau jangkitan selsema yang biasa.

.

3) Perubahan emosi 😡

Ada segelintir ibu hamil yang mengalami tekanan perasaan melampau yang mungkin risau dengan proses kelahiran atau masa depan anak. Di saat ini, suami perlu memainkan peranan yang penting dan sentiasa bersama dengan isteri.

.

4) Sering rasa malas, mengantuk atau nak tidur je 🥱

Ini bukan spekulasi yang patut dilabel pada seorang ibu yang mengandung. Hormon yang dikeluarkan di masa awal kelahiran boleh membuatkan isteri berasa cepat letih dan lesu.

.

5) Menjadi pelupa 😐

Ada yang memanggil sebagai momnesia atau pregnancy brain. Kajian menunjukkan penurunan memori ini disebabkan kurang tidur, stres dan kurang nutrisi kehamilan.

.

Ha, ada bakal ibu ayah di luar sana yang tengah baca sharing ni?

Dah ada idea nak buat checkup sebelum, semasa atau selepas kelahiran? Tak perlu fikir dah. Terus datang ke Klinik As-Salam je! Cawangan pun ada banyak di sekitar selangor dan lembah klang

.

Klinik As-Salam lengkap dengan:

✅Doktor yang baik dan memahami

✅Ruang rawatan selesa sangat

✅Tunggu giliran tetapi cepat


Sebarang tempahan slot boleh ke:
https://book.kliniksalam.com/customer
.
Maklumat lanjut mengenai Klinik As-Salam:
https://kliniksalam.com/

#ertihiduppadamemberi #klinikassalam #antenatal

Scroll to Top